Now Reading
Bapa Terkilan Anak Autisme Dikasari Pengetua Di Pusat Jagaan

Bapa Terkilan Anak Autisme Dikasari Pengetua Di Pusat Jagaan

Dahsyat sungguh sampai tahap seret kanak-kanak atas lantai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ramai ibu bapa meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak asuhan untuk menjaga anak kecil mereka ketika bekerja di siang hari.

Sepatutnya pusat asuhan menjadi kawasan yang selamat dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun, sebaliknya pula yang terjadi apabila semakin banyak kes penjaga mengasari kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular satu lagi kes di sebuah pusat asuhan yang dikatakan hanya menerima kanak-kanak autisme.

Kejadian disedari oleh seorang bapa bernama Tengku Aminuddin Shafiq apabila mendapati terdapat kesan kecederaan pada badan anaknya yang menghidapi autisme.

Bapa kanak-kanak tersebut meluahkan rasa terkilan dan marah melalui satu posting di Facebook apabila anaknya dikasari oleh pengetua di pusat asuhan terbabit dengan alasan tidak mahu makan.

Tengku Aminuddin turut berkongsi video rakaman CCTV anaknya jelas ketakutan ketika dimarahi dan dikasari sehingga diseret di lantai oleh seorang wanita di pusat jagaan berkenaan.

Berikutan kejadian itu, bapa kanak-kanak itu tidak teragak-agak membuat laporan polis.

Kredit: Facebook Tengku Aminuddin Shafiq

Lebih mengejutkan, pemeriksaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati pusat asuhan tersebut dipercayai beroperasi secara tidak sah dan guru-guru juga tidak berpengalaman mengajar kanak-kanak autisme.

Menerusi laporan media, pengetua pusat asuhan itu telah pun ditahan reman hari ini sehingga 5 Oktober untuk siasatan lanjut.

Tangkapan itu disahkan oleh Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak.

Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan bukan warganegara Malaysia.

Wanita berkenaan didapati memegang pas lawatan yang dipercayai telah tamat tempoh lebih daripada satu tahun.

Bukan itu sahaja, lesen operasi pusat asuhan tersebut yang sudah beroperasi selama tujuh tahun itu sudah pun tamat tempoh sejak 2 bulan lepas.

Untuk perkongsian penuh, boleh baca di sini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd