Now Reading
“Angka Kematian Akan Meningkat” – UNICEF Seru Gencatan Senjata Dengan Kadar Segera

“Angka Kematian Akan Meningkat” – UNICEF Seru Gencatan Senjata Dengan Kadar Segera

Pengarah Serantau UNICEF berkata, jumlah kematian harian bakal terus meningkat sekiranya ketegangan di Palestin tidak reda dan tiada gencatan senjata dilakukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lebih daripada 400 orang kanak-kanak terbunuh dan tercedera setiap hari akibat keganasan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.

Bukan itu sahaja, ramai kanak-kanak di sana telah terdedah kepada insiden mencemaskan dan trauma daripada kemusnahan berleluasa, serangan tanpa henti, pengusiran dan kekurangan keperluan harian seperti makanan, air serta ubat-ubatan.


Kadar Kanak-kanak Terbunuh & Tercedera Di Palestin Meningkat

Pengeboman kem pelarian Jabaliya dalam siri serangan baru-baru ini telah mencederakan dan membunuh kanak-kanak tidak bersalah di bumi Gaza.

Kem pelarian tersebut merupakan penempatan buat orang pelarian dalaman dan penduduk awam yang terlindung di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa (IHL).

“Kadar kanak-kanak yang terbunuh dan tercedera begitu mengejutkan.

“Jika ketegangan ini tidak reda dan bantuan kemanusiaan seperti air, makanan, bekalan perubatan serta bahan api tidak dibenarkan masuk, angka kematian harian akan terus meningkat,” kata Pengarah Serantau UNICEF Adele Khodr.

Dalam pada itu, UNICEF menggesa pihak yang terlibat agar segera melakukan gencatan senjata bagi menjamin perlindungan semua anak kecil serta pemberian bantuan keselamatan di seluruh Semenanjung Gaza.

Sumber: UNICEF

UNICEF Hantar Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin

Untuk makluman semua, UNICEF telah menghantar 34 trak bekalan kecemasan memasuki Semenanjung Gaza sejak 21 Oktober yang membawa ubat-ubatan dan kit perubatan ke Hospital Nasser untuk anggaran 165,000 orang.

Berserta botol air minuman yang dianggarkan boleh menampung seramai 55,000 individu di sana.

Bekalan itu merupakan peruntukan tambahan bagi bekalan yang telah diedarkan melalui UNRWA dan Kementerian Kesihatan di Gaza serta tempat berlindung untuk keluarga pelarian.

UNICEF menganggarkan perbelanjaan untuk keperluan segera sebanyak RM94,300,000 juta (USD20 juta) sebagai tindakan permulaan bagi menyediakan keperluan keselamatan selama tiga bulan yang akan datang.

Ia termasuk perkara seperti berikut:

  • Bahan api kecemasan untuk pengoperasian loji utama penyahgaraman air laut dan stesen pam air serta sanitasi yang terletak di seluruh Semenanjung Gaza.
  • Pembaikan infrastruktur air, sanitasi dan kebersihan yang rosak.
  • Kit kebersihan untuk keluarga yang terkesan.
  • Bekalan perubatan untuk perkhidmatan dan penjagaan kesihatan bayi
    baru lahir.
  • Suplemen mikronutrien dan bekalan nutrisi buat para wanita dan kanak-kanak.
  • Pemulihan bangunan sekolah yang rosak atau sekolah digunakan sebagai tempat perlindungan, pemulihan bahan pendidikan dan pembelajaran.
  • Sokongan psikologi bagi kanak-kanak dan ibu bapa yang mengalami trauma.

Orang Ramai Dialu-alukan Untuk Hulurkan Sumbangan Kepada UNICEF

Tabung Krisis Rayuan UNICEF Demi Kanak-kanak di Gaza menerima sumbangan melalui pemindahan bank atau derma dalam talian.

Orang awam yang berminat boleh menyumbangkan kepada tabung rayuan melalui cara-cara seperti berikut:

1) Derma dalam talian [DI SINI].

2) Pindahan Bank:
Nama Penerima: UNITED NATIONS CHILDREN’S FUND-EMERGENCY
Nama Bank: MALAYAN BANKING BERHAD/No. Akaun: 5143 2960 2449

3) Korporat:
Untuk sebarang pertanyaan atau pendermaan korporat sila hubungi: donorcare@unicef.my

Untuk info, UNICEF telah bekerja di Gaza sejak tahun 1980an dan merupakan salah satu daripada 13 agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

UNICEF melaksanakan dan meningkatkan campur tangan kemanusiaan sebagai tindak balas terhadap keperluan segera kanak-kanak serta keluarga yang terperangkap dalam konflik peperangan di Gaza.

Untuk maklumat lanjut mengenai UNICEF Palestin, sila layari laman web [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Tabung Kemanusiaan ‘IKHLAS For Palestine’ Raih Kutipan Dana Lebih RM200,000

Baca Artikel Berkaitan: 50 Tan Bantuan Kemanusiaan Disalurkan Ke Palestin Selewatnya Jumaat Ini – Menteri Agama

Baca Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd