Now Reading
50 Tan Bantuan Kemanusiaan Disalurkan Ke Palestin Selewatnya Jumaat Ini – Menteri Agama

50 Tan Bantuan Kemanusiaan Disalurkan Ke Palestin Selewatnya Jumaat Ini – Menteri Agama

Antara jenis bantuan yang akan disalurkan melalui Mesir ke Palestin adalah seperti ubat-ubatan, barang keperluan bayi, selimut dan makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pertempuran antara pejuang Palestin dan tentera rejim Zionis masih berterusan sehingga ke hari ini (24 Oktober).

Susulan kemusnahan bangunan dan barang keperluan harian yang semakin susut, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia telah menjalankan kutipan sumbangan untuk disalurkan kepada warga Palestin.

Menerusi laman media sosial, rata-rata warga Malaysia dilihat menyokong malah menyalurkan dana bagi membantu saudara seperjuangan di Gaza.


50 Tan Barang Bantuan Kemanusiaan Akan Dihantar Ke Palestin

Semalam (23 Oktober), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa sebanyak kira-kira 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta akan disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Dana daripada pelbagai pihak menerusi Ops Ihsan tersebut akan dihantar selewat-lewatnya Jumaat ini (27 Oktober).

Menurut Mohd Na’im, antara jenis bantuan yang akan disalurkan melalui Mesir ke Palestin adalah seperti ubat-ubatan, barang keperluan bayi, selimut dan juga makanan.

Sumber: Instagram (@gpmmalaysia)

NGO Tunggu Kebenaran Kerajaan Mesir Untuk Hantar Bantuan Melalui Pintu Sempadan Rafah

Tambah beliau, sumbangan kemanusiaan itu diselaraskan oleh beberapa NGO termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Terkini, agensi berkenaan sedang menunggu kebenaran kerajaan Mesir untuk menghantar sumbangan tersebut melalui pintu sempadan Rafah.

“Insya-Allah, apabila sampai pada pintu sempadan Rafah, ia akan diselaraskan oleh NGO untuk pastikan bantuan ini sampai kepada saudara-saudara kita di Palestin,” katanya selepas melawat pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan Palestin di gudang MAPIM.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut menyalurkan sumbangan bernilai RM100,000 daripada pihak Lembaga Tabung Haji kepada MAPIM untuk tujuan pembelian bekalan perubatan untuk warga Palestin.

Sumber: Instagram (@gpmmalaysia)

Rakyat Diingatkan Untuk Tak Ambil Kesempatan Terhadap Harta Orang Lain

Beliau dalam masa sama turut memberi peringatan kepada rakyat Malaysia supaya tidak mengambil kesempatan atas konflik pertempuran tersebut bagi menjalankan kutipan dana demi kepentingan diri sendiri.

“Saya beri peringatan ini sebab Allah SWT telah larang, jangan ambil harta orang lain secara batil (palsu). Jangan manipulasi kesusahan orang lain dan ambil peluang untuk buat apa-apa kutipan amal, tetapi guna dana buat diri sendiri,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Konflik Palestin & Israel: Wisma Putra Bakal Salur RM1 Juta, Seru Rakyat Malaysia Bantu Beri Sumbangan

Baca Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd