Now Reading
Tabung Kemanusiaan ‘IKHLAS For Palestine’ Raih Kutipan Dana Lebih RM200,000

Tabung Kemanusiaan ‘IKHLAS For Palestine’ Raih Kutipan Dana Lebih RM200,000

Kutipan dana fasa pertama oleh IKHLAS bakal digunakan untuk membeli makanan panas, barangan keperluan asas, bekalan perubatan dan air buat rakyat Palestin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum tentang situasi keganasan dan kekejaman yang menimpa warga Palestin pada ketika ini.

Susulan peperangan yang sudah berlangsung hampir sebulan itu, banyak barangan dan keperluan kemanusiaan seperti air, makanan, ubat-ubatan kini semakin susut.

Cakna tentang perkara yang berlaku, pelbagai agensi badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia telah bersama-sama melaksanakan tabung sumbangan buat rakyat Palestin.


Tabung Kemanusiaan IKHLAS For Palestine Terima Kutipan Dana Lebih RM200,000

Tabung kemanusiaan IKHLAS for Palestine yang diaktifkan semula oleh Ikhlas Com Travel Sdn Bhd bersama Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sejak 25 Oktober lalu berjaya mengumpul sumbangan lebih RM200,000 dalam tempoh seminggu.

Menurut carian kami setakat jam 6pm hari ini (2 November), kutipan sumbangan telah pun mencecah RM284,637.

Jumlah itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghantar bantuan kemanusian dalam bentuk bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas kepada keluarga yang terkesan di Palestin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, pihaknya telah mensasarkan kutipan keseluruhan berjumlah RM1,000,000 yang dijangka boleh membantu hampir 7,000 keluarga mangsa terkesan akibat serangan tentera Zionis Israel di Semananjung Gaza.

“Ini merupakan kesinambungan hasil kerjasama ikhlas.com bersama MAHAR yang mempunyai pengalaman dan sumber jaringan bantuan di wilayah itu,” kata Ikhlas.

Ikhlas dalam masa sama menyeru rakyat Malaysia untuk turut sama menyumbang buat rakyat Palestin melalui aplikasi Ikhlas atau laman web ikhlas.com agar lebih banyak mangsa boleh dibantu dengan kadar yang segera.

Sumber: Instagram (@ikhlasdotcom)

Hasil Kutipan Derma Bakal Digunakan Untuk Beli Barangan Bantuan Kecemasan

Presiden MAHAR Jismi Johari berkata, pihak mereka bakal menggunakan hasil kutipan dana fasa pertama yang dijangka mencecah RM1,000,000 untuk tujuan bantuan kecemasan seperti makanan panas, barangan keperluan asas, bekalan perubatan, air dan banyak lagi.

“Walaupun masih berlaku sekatan ke atas penghantaran bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza, namun kami akan lakukan sedaya mungkin untuk memastikan rakyat Palestin yang terputus bekalan asas menerima bantuan secepat mungkin,” jelas Jismi Johari.

Tambah beliau, MAHAR bakal bekerjasama dengan 49 pertubuhan NGO lain untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Rafah bermula esok (3 November).

Untuk info, tabung IKHLAS for Palestine telah mula ditubuhkan pada Mei 2021 lalu.

Tabung itu bertujuan untuk menghantar bantuan kecemasan kepada warga Palestin yang telah kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka diserang dan dimusnahkan oleh tentera Zionis Israel.

Buat orang ramai yang mahu bersama-sama menderma kepada tabung kemanusiaan IKHLAS for Palestine, anda boleh muat turun aplikasi ikhlas.com atau menyumbang terus [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: 50 Tan Bantuan Kemanusiaan Disalurkan Ke Palestin Selewatnya Jumaat Ini – Menteri Agama

Baca Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Lelong Hadiah Jam Tangan Rolex Untuk Derma Buat Rakyat Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd