Now Reading
Pengasuh Taska Didakwa Dera Bayi Di Skudai, Johor Mengaku Salah

Pengasuh Taska Didakwa Dera Bayi Di Skudai, Johor Mengaku Salah

Tertuduh, Nurul Shahira A’Shiqin Sulaiman membuat pengakuan bersalah atas tindakannya mengasari dua orang kanak-kanak berusia sembilan dan 11 bulan di sebuah taska di Mutiara Rini, Skudai, Johor pada bulan Mac lalu.

Pengasuh Taska Didakwa Dera Bayi Di Skudai Mengaku Salah (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kes penderaan kanak-kanak menjadi topik perbualan masyarakat pada minggu lalu selepas satu kes melibatkan seorang pengasuh wanita di sebuah taska didakwa mendera bayi jagaannya.

Menerusi video yang tular di media sosial, suspek dipercayai telah mengasari bayi tersebut dengan menepuk kepala serta menekap muka menggunakan bantal sebelum menghempasnya ke atas tilam.

Berikutan itu, pihak polis telah menahan wanita tersebut dan direman mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 selama empat hari dari 16 Mei sehingga 20 Mei bagi membantu siasatan.

Siasatan awal juga mendapati taska di Mutiara Rini, Skudai, Johor itu juga beroperasi tanpa mempunyai lesen yang sah dan diarahkan untuk menghentikan operasi serta-merta.

BACA JUGA: [Video] Pengasuh Taska Di Skudai Didakwa Dera Bayi Hingga Tekap Muka & Hempas Pada Tilam

BACA JUGA: Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Skudai Kini Ditahan Polis & Direman 4 Hari

BACA JUGA: JKM Arah Taska Terlibat Kes Dera Bayi Untuk Henti Operasi Serta-merta

Sumber: Twitter @jnmalaysia

Pengasuh Wanita Didakwa Dera Bayi Di Taska Mengaku Bersalah

Memetik laporan Astro Awani, seorang pengasuh wanita di sebuah taska swasta mengaku bersalah atas dua pertuduhan kes mengasari dua kanak-kanak berusia sembilan dan 11 bulan.

Semalam (21 Mei), tertuduh Nurul Shahira A’Shiqin Sulaiman berusia 28 tahun telah membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Mahkamah menetapkan 2 Ogos sebagai tarikh semakan fakta dan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas dua pertuduhan yang didakwa dilakukan oleh suspek pada bulan Mac lalu.

Sumber: Malaysia Gazette

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Di bawah seksyen berkenaan, tertuduh boleh dikenakan bon berkelakuan baik dan diarahkan untuk melakukan khidmat masyarakat.


Mahkamah Membenarkan Tertuduh Diikat Jamin Dengan Syarat

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syafiqah Sha’ari memberi cadangan kepada mahkamah untuk memberi jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan ke atas suspek dengan seorang penjamin.

Namun peguam tertuduh Syufri A. Samad memohon agar wang jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya yang memberi kerjasama baik sepanjang tempoh siasatan.

Sumber: Astro Awani

Tertuduh hanya berpendapatan RM1,500 sebulan manakala suaminya pula bekerja di kilang dengan pendapatan RM2,000 sebulan. Dia turut menanggung ibu bapanya yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Peguam tertuduh, Syufri A. Samad.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat pasport antarabangsa milik tertuduh perlu diserahkan.

Selain itu, tertuduh juga diarahkan untuk tidak mengganggu mangsa serta saksi kes.


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd