Now Reading
“Terbaik Anak Muda” – Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid Raih Pujian Netizen

“Terbaik Anak Muda” – Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid Raih Pujian Netizen

Pada November lalu, Alif Satar telah memulakan gerakan #gengsubuhmacamjumaat untuk mengajak orang ramai menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nama pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Alif Satar sering kali menjadi bualan hangat para netizen kerana sikapnya yang positif.

Jika dilihat daripada posting-posting di media sosial, Alif sering berkongsi tips dan amalan yang baik untuk kesihatan tubuh badan kepada pengikutnya.

Malah sebelum ini, pakar motivasi terkenal Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah juga telah memuji Alif kerana keperibadian dan akhlak tinggi serta menjalankan gaya hidup seimbang antara dunia dan akhirat.

Baca Artikel Berkaitan: “Kehidupan Orang Lain Terjejas” – Pujian Fadzilah Kamsah Buat Alif Satar Segan & Kurang Selesa


Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid

Baru-baru ini, Alif sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila dia berjaya mempengaruh masyarakat termasuklah golongan orang muda untuk bersama-sama memeriahkan solat Subuh di masjid.

Menjengah ke posting Alif Satar di Instagram sebelum ini, penyanyi itu sudah beberapa kali memuat naik hantaran dirinya pergi ke rumah Allah SWT bagi menunaikan ibadah tersebut.

Dalam salah satu hantaran, Alif berkata ramai ‘runners’ dan kumpulan penunggang basikal telah hadir ke masjid untuk menunaikan solat tersebut selepas dia berkongsi rutinnya yang boleh diikuti orang ramai.

“Korang memang inspiring, baru aku share satu rutin dan boleh follow,” ujarnya.

Sejak daripada itu, Alif dilihat semakin giat berkongsi hantaran di media sosial untuk mengajak lebih ramai individu untuk melakukan perkara yang sama.

Malah dia juga telah mewujudkan satu hashtag #gengsubuhmacamjumaat agar orang ramai dapat merasai pengalaman solat Subuh berjemaah dalam kumpulan yang besar sama seperti menunaikan solat Jumaat.

Bukan sahaja menunaikan solat tetapi Alif bersama jemaah yang lain turut menyertai sesi kuliah dan menjamu selera beramai-ramai di masjid.

Sumber: Instagram (@alifsatar)

Netizen Puji Alif Satar Lepas Influence Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah memuji tindakan Alif yang berjaya mempengaruh orang ramai untuk turun ke masjid seawal pagi.

“You are a positive influencer. Semoga Allah SWT merahmatimu dengan melimpahkan kebaikan,” kata seorang netizen.

Malah, ada juga pengguna laman Instagram berkara inisiatif tersebut merupakan usaha yang baik untuk dicontohi.

“Alhamdulillah usaha yang baik. Semoga diikuti surau-surau dan masjid seluruh Malaysia,” ujar seorang lelaki.

Dalam masa sama, seorang netizen memberi saranan kepada Alif untuk mewujudkan lagi satu hashtag dalam bahasa Inggeris agar usaha baik itu dapat diperluaskan ke seluruh dunia.

“Buat hashtag in English pula dik. Biar sampai seluruh dunia, semua umat Islam solat Subuh dan solat lima waktu di masjid,” jelas seorang warganet.

Bukan sahaja dikagumi para netizen, tetapi penerbit Datuk Saniboey Mohd Ismail  menerusi hantaran di laman X (Twitter @saniboey) turut berbangga dengan fenomena yang dimulakan oleh Alif.

Katanya, gerakan #gengsubuhmacamjumaat telah berjaya menarik ramai umat Islam untuk berjemaah di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

“Such a beautiful movement,” katanya.

Sumber: Instagram (@alifsatar)
Sumber: X (@saniboey)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd