Now Reading
“Kehidupan Orang Lain Terjejas” – Pujian Fadzilah Kamsah Buat Alif Satar Segan & Kurang Selesa

“Kehidupan Orang Lain Terjejas” – Pujian Fadzilah Kamsah Buat Alif Satar Segan & Kurang Selesa

Dr Fadzilah Kamsah memuji Alif Satar kerana berakhlak baik selain memiliki suara merdu, mempunyai ilmu asas agama dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga influencer islamik iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah telah menjadi bualan hangat para netizen di media sosial.

Hal ini selepas Alif membuat pengakuan yang dia sudah berkahwin dua.

Baca Artikel Berkaitan: Alif Teega Umum Kahwin Dua, Netizen Pertikai Tindakan Influencer Islamik Ini

Isu ini turut mendapat perhatian pakar motivasi terkenal Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang memuji seorang lagi ‘Alif’ iaitu pelakon dan penyanyi tanah air terkenal, Alif Satar kerana sikapnya yang berakhlak baik.


Alif Satar Tak Selesa Terima Pujian Daripada Kesengsaraan Orang Lain

Namun begitu, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, berkata dia secara peribadi berasa kurang selesa apabila namanya dikaitkan atas kisah kesengsaraan orang lain.

“Tak best sebenarnya pujian itu datang daripada berita negatif orang lain. Seronok dan kelakar dalam media sosial tetapi ia kehidupan orang lain yang terjejas.

“Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar,” jelas Alif.

Tambah pelakon itu, dia tidak mahu komen tentang isu berkenaan kerana berasa kurang pasti terhadap nasib kehidupannya sendiri di masa hadapan.

“Pengakhiran hidup Alif pun tak tahu macam mana. Datuk Dr Fadzilah komen itu Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.

“Orang boleh cakap apa negatif atau positif. Tapi saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain,” katanya.

Walau bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut sebagai pedoman dan peringatan buat dirinya.


Peminat Tanya Bila Alif Bernikah

Dalam pada itu, Alif berkata bahawa dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangan influencer itu.

Menerusi temu bual pada sidang media semalam (27 November), Alif mengakui bahawa dia telah mendapat beberapa mesej mengenai hal berkenaan.

“Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain. Mana ada orang sempurna.

“Ini pun nasib baik Allah SWT tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?” ujarnya.


Dr Fadzilah Kamsah Puji Alif Satar Di Laman X

Menerusi ciapan dimuat naik oleh Dr Fadzilah Kamsah di laman X, beliau berkata bahawa dia menggemari sikap yang dimiliki oleh Alif Satar.

“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar je yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap.

“Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!” jelasnya.

Menjengah ke ruangan balas hantaran tersebut, rata-rata netizen juga menyokong dan sependapat dengan kenyataan beliau.

Ada yang berkata bahawa Alif Satar merupakan seorang individu yang serba boleh.

“Alif Satar ni hero Malaysia. Apa je dia tak boleh buat? Iron Man, menyanyi, berlakon, agama, bahasa isyarat, hormat isteri, attitude terjaga dan romantik,” kata seorang pengguna laman X.

Sumber: Instagram (@fadzilahkamsah)/ X (@fadzilahkamsah_)

Baca Artikel Berkaitan: Isu Alif Teega Kahwin Dua Raih Pelbagai Reaksi, Ramai Lelaki Terpalit Sama

Baca Artikel Berkaitan: Adik Aisyah Hijanah Dakwa Alif Teega Kasari Isteri, Sudah Setahun Ada Hubungan Terlarang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd