Now Reading
Alif Teega Umum Kahwin Dua, Netizen Pertikai Tindakan Influencer Islamik Ini

Alif Teega Umum Kahwin Dua, Netizen Pertikai Tindakan Influencer Islamik Ini

Alif Teega mengakui bahawa isteri pertamanya, Aisyah Hijanah tidak mempunyai sebarang kekurangan pada dirinya dan berharap Allah SWT mengekalkan hubungan mereka sebagai suami isteri.

aisyah hijanah alif teega

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Topik berkaitan poligami sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas seorang influencer yang sering menyampaikan dakwah dan pesanan berunsur Islamik mengumumkan dirinya kini sudah beristeri dua.

Nama Alif Teega sebelum ini telah tular selepas isterinya yang juga merupakan seorang influencer iaitu Aisyah Hijanah mendakwa suaminya telah terkena penyakit ain selepas melihat perubahan sikap secara tiba-tiba.

Namun pengakuan Alif tentang dirinya yang kini sudah berkahwin lain tanpa menceraikan isteri pertama telah mengejutkan orang ramai.


Alif Teega Akui Sudah Bernikah Lagi Dengan Wanita Lain

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Alif semalam (26 November) di laman Instagram miliknya (@alifteega), lelaki ini menjelaskan pendedahan tersebut dilakukan bagi menjawab segala spekulasi mengenai dirinya dan mahu mengelakkan fitnah berleluasa.

Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudahpun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni.

Alif Teega.

Dalam hantaran sama, Alif turut mengucapkan terima kasih kepada isteri pertamanya iaitu Aisyah kerana banyak bersabar dan tabah menghadapi situasi ini.

Terima kasih khususnya kepada isteri saya Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang telah berlaku ini tabah dan masih kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini.

Alif Teega.
Sumber: Instagram @alifteega

Alif juga mengakui bahawa Aisyah tidak mempunyai sebarang kekurangan pada dirinya dan berharap Allah SWT mengekalkan hubungan mereka sebagai suami isteri.

Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga Tapi percaturan Allah buat saya dan Aisyah adalah berbeza. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia.

Alif Teega.

Susulan pengumuman yang mengejutkan itu, Alif berharap orang ramai tidak menimbulkan lagi pelbagai spekulasi tentang dirinya dan mendoakan buat mereka sekeluarga.

“Saya mohon agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi, hinaan, lagi tentang hal ini dan biarlah segala yg telah berlaku diakhiri di sini sahaja,” ujar Alif.

Difahamkan, Aisyah kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya kini memasuki lima bulan.

Malah, detik Aliff mendedahkan tentang situasi dirinya itu juga ketika sehari selepas tarikh ulang tahun perkahwinan keenam perkahwinan bersama isteri pertama pada 25 November.


Ramai Netizen Persoal Tindakan Alif Teega Kahwin Lain

Pengumuman Alif mengenai dirinya yang kini sudah mempunyai seorang lagi isteri membuatkan ramai netizen termasuk influencer terkenal mempertikaikan kasih sayangnya kepada Aisyah.

Kebanyakan golongan wanita di ruangan komen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Alif yang melakukan sedemikian ketika isterinya sedang mengandung.

Sumber: Instagram

Sesetengah netizen berpendapat wanita hamil sepatutnya memerlukan suaminya untuk memberi sokongan fizikal dan mental tetapi sebaliknya pula berlaku kepada Aisyah apabila pasangannya berkahwin dua.

Segelintir wanita pula menganggap tindakan Alif itu tidak seiring dengan percakapan yang menyatakan cintanya kepada Aisyah tetapi memberi ‘madu’ pula kepada wanita berkenaan.

‘Kalau sayang, tak ada yang kedua,’ kata seorang netizen.

Sementara itu, ada juga netizen yang mengucapkan tahniah kepada Alif atas perkahwinan keduanya dan mendoakan kebahagian kedua-dua buah keluarga.

Sumber: Instagram

Walaupun dipenuhi dengan banyak komen negatif, Aisyah berharap netizen tidak berkata buruk kepada suami dan isteri baharunya serta mendoakan agar diberikan ketengangan dan kebahagian kepada mereka semua.


Aisyah Hijanah Anggap Suami Hanya Pinjaman Allah SWT

Meskipun Alif tidak menyebut sebarang perkataan mengenai isteri kedua, perkara itu kemudiannya disahkan oleh Aisyah menerusi laman Instagram miliknya (@aisyahhijanah) dengan meluahkan perasaan tentang situasi dirinya yang kini perlu berkongsi suami dengan wanita lain.

Aisyah menyatakan dia memberikan sepenuhnya dirinya kepada suami sejak berkahwin dan menyangka bahawa Alif akan menjadi miliknya selamanya.

Namun, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai tanda bahawa Allah SWT hanya meminjamkan suaminya selama enam tahun sejak bergelar isteri.

Daripada Aisyah kahwin sampai ke hari ini, Aisyah bagi sepenuhnya pada Alif dan Aisyah sangka dia akan jadi milik Aisyah selamanya. Allah pinjamkan lelaki ini selama 6 tahun. Allah pinjamkan lelaki yang banyak berkorban, beri kebahagiaan, mendidik dengan cara yg baik dan diberikan syurga dunia untuk Aisyah.

Aisyah Hijanah.

Tambah Aisyah lagi, sebelum ini dia kurang percaya dengan konsep ‘pinjaman Allah SWT’ kerana menganggp Alif adalah miliknya sampai bila-bila.

Namun selepas ujian yang berlaku kepada dirinya, Aisyah mula menyedari bahawa suaminya kini milik wanita lain juga.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd