Now Reading
Megaklinik Zahran Nafi Sebarkan Laporan Perubatan Aisyah Hijanah Seperti Yang Tular Di Media Sosial

Megaklinik Zahran Nafi Sebarkan Laporan Perubatan Aisyah Hijanah Seperti Yang Tular Di Media Sosial

Alif Teega menerus IG Story miliknya bagaimanapun menyifatkan dakwaan pukul isteri, Aisyah sesuatu yang sangat melampau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini kecoh di media sosial apabila influencer, Alif Teega membuat pengumuman telah berkahwin dua.

Perkara itu turut disahkan oleh isteri pertamanya, Aisyah Hijanah di media sosial miliknya.

Susulan itu, semalam (29 November) telah tular satu laporan perubatan yang didakwa milik Aisyah Hijanah mendapatkan rawatan di Megaklinik Zahran.

Menerusi laporan tersebut, dipercayai pesakit mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian seperti tangan dan muka kerana berlaku perselisihan faham dengan suami di rumah mereka.

Berlaku pertengkaran kerana orang ketiga sebelum didakwa didera

Laporan itu mendakwa pasangan terbabit telah bergaduh disebabkan orang ketiga dan si suami ingin meminta semula ‘SD Card’ sebelum tangan pesakit direntap, ditolak ke lantai serta ditampar.

Ketika kejadian tersebut berlaku Aisyah juga dilaporkan sedang hamil.

Laporan itu awalnya telah dikongsikan oleh seorang individu di Twitter sebelum dipadam. Ia kemudian turut dikongsikan oleh adik susuan kepada Aisyah iaitu Amirul Adni Rustam di Instagram Story miliknya.

Klinik nafi sebarkan laporan perubatan Aisyah Hijanah

Susulan daripada penyebaran laporan kesihatan tersebut, Pengurusan Kumpulan Megaklinik Zahran dalam satu kenyataan kemudiannya menafikan penyebaran itu dilakukan oleh pihak klinik.

“Berikutan status yang tular di laman sosial berkenaan laporan perubatan pesakit bernam Aisyah Hijanah Bt Azhari, pihak Megaklinik Zahran menafikan penyebaran laporan perubatan oleh pihak klinik.

“Pihak kami amat memandang serius penjagaan data pesakit dan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Instagram.

Selain itu pihak klinik juga turut memaklumkan mereka telah menghubungi Aisyah Hijanah berhubung perkara tersebut dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Alif sifatkan dakwaan pukul isteri sangat melampau

Sementara itu, suami kepada Aisyah iaitu Alif Teega menerusi IG Story memberitahu dia ada terlihat laporan perubatan yang tular di media sosial.

Dia yang juga influencer menyifatkan dakwaan memukul Aisyah itu suatu yang sangat melampau.

“Saya tak mampu nak ulas tetang hal ini, sebab semua orang sedang membenci saya. Saya mengaku apa yang saya buat. Saya bernikah, saya mengaku. Tapi bab pukul isteri saya, Aisyah itu dah sangat melampau.

“Banyak kali saya sudah bagitahu pada abang-abang Aisyah untuk awak (Amirul Adni Rustam) berhenti fitnah, dan burukkan keadaan,” ujarnya.

Alif dalam masa sama menyifatkan dia dan Aisyah berada dalam keadaan yang baik.

“Awak nak tengok apa? Cerai? Itu yang awak nak?

“Sejak dulu awak burukkan saya. Tak cukup dengan family sekarang orang luar, saya jumpa abang-abang awak tak ada masalah. Batang hidung awak saya tak jumpa,” ujarnya.

Menurut Alif lagi, adik kandung kepada Aisyah juga telah datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd