Isu Alif Teega Kahwin Dua Raih Pelbagai Reaksi, Ramai Lelaki Terpalit Sama
Penceramah motivasi Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah turut memberi reaksi tentang isu hangat melibatkan influencer berkenaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pengakuan seorang influencer dengan jumlah pengikut 1.2 juta orang di laman Instagram iaitu Alif Teega berkaitan dirinya yang sudah berkahwin dua kini menjadi topik hangat dalam kalangan netizen di media sosial.
Difahamkan, Aisyah kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya kini memasuki lima bulan.
Malah, detik Aliff mendedahkan tentang situasi dirinya itu juga ketika sehari selepas tarikh ulang tahun keenam perkahwinan bersama isteri pertama pada 25 November.
Baca Artikel Berkaitan: Alif Teega Umum Kahwin Dua, Netizen Pertikai Tindakan Influencer Islamik Ini
Meskipun Alif tidak menyebut sebarang perkataan mengenai isteri kedua, perkara itu kemudiannya disahkan oleh Aisyah menerusi laman Instagram miliknya (@aisyahhijanah).
Pelbagai Reaksi Dari Netizen Berhubung Isu Poligami Melibatkan Alif Teega
Isu melibatkan perkahwinan kedua Alif Teega yang baru sahaja diumumkan pada malam semalam (26 November) telah mendapat perhatian ramai netizen terutamanya dalam kalangan wanita.
Boleh dikatakan ramai golongan lelaki juga ‘diserang’ oleh pasangan dan membuatkan mereka gelisah untuk menjawab segala pertanyaan serta spekulasi tentang hubungan mereka.
Sebelum ini, Alif dikatakan salah seorang lelaki yang menjadi ikutan sesetengah individu sebagai suami yang baik kepada isteri.
Namun selepas tindakannya yang membina rumah tangga kedua bersama wanita lain, ramai lelaki sudah berpaling arah dan hanya mengharapkan pada influencer bernama Hafiz Mahamad pula untuk kekal setia bersama isterinya.
Memang jenuh ya para suami nak pujuk isteri masing-masing lepas mereka baca tentang perbuatan Alif Teega.
The last man standing!
— pudyn zayn (@pudynzayn) November 26, 2023
Abang jangan kahwin dua tau, jenuh kami lelaki nak pujuk orang perempuan untuk percayakan kita balik 😭 pic.twitter.com/jn21Bff8bO
Telah masuk waktu emosi tak stabil para kekasih, tunang, dan isteri.
— Dr Aen | Alluskin (@draensaari) November 26, 2023
Alif teega ni motivasi orang suruh hargai bini, nasihat cukup satu tapi tup tup dia yang buat kahwin dua. Dia buat semua isteri punya kprcayaan kat suami ptg ni 📉📉 . Semoga Aisyah hijanah terus kuat. Amin
— Raihana Abas (@raihana_abas) November 26, 2023
Bukan setakat individu biasa, artis tempatan termasuk Caprice juga menunjukkan reaksi bimbang untuk mengulas isu tersebut di hadapan isterinya ketika ingin merakam video kepada orang ramai.
Siap sanggup tu menyorok dalam almari baju di bilik anak perempuannya.
Caprice pun cuak 😭 pic.twitter.com/JMd6UunJCz
— ًِ (@bckupacc99) November 26, 2023
Pada masa yang sama, situasi yang berlaku melibatkan status poligami Alif Teega turut menjadi faktor masyarakat terutamanya kaum wanita terdetik untuk memilih hidup seorang diri tanpa berkahwin dengan mana-mana lelaki.
seeing alif teega’s marrying another woman a day after him and aisyah’s 6th years of anniversary and her wife carrying their 3rd baby in her belly makes me wanna stay single till the end of my life
— n (@najihahhb) November 26, 2023
Siap ada juga netizen yang turut menyamakan semua perangai individu bernama Alif.
Hanya kerana satu Alif, semua Alif terkena tempias. Harap bertabah ya para Alif sekalian.
Disebabkan seorang "Alif" pic.twitter.com/cKFr6NOlX9
— ًِ (@bckupacc99) November 26, 2023
‘Alif’ yang tiada kaitan dengan poligami pun tak pasal-pasal terpalit sekali. Antara nama yang disebut adalah Alif Satar dan Aliff Aziz.
Dalam pada itu, pasar raya Lotus’s juga sempat mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan minyak masak jenama Alif. Katanya itu satu-satunya Alif yang masih belum buat hal.
the one and only Alif left to be trusted 🥹 pic.twitter.com/gXKzWdF0a6
— moon (@moonlites1) November 26, 2023
Alif setakat ni yang masih setia ada dijual di sini. pic.twitter.com/JgbLjd3GFm
— Lotus's Malaysia (@LotussMalaysia) November 27, 2023
Alif Teega yg kawin lain, Alif Aziz yg tersingkir
— ParkAan (@ParkAan1) November 26, 2023
Kerana Alif seTEEGA, rosak Alif Gegar Vaganza 🙃
#GegarVaganza2023 pic.twitter.com/eMUJQGzjvr
Penceramah motivasi Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah turut memberi reaksi tentang isu hangat melibatkan influencer berkenaan.
Katanya, banyak betul dugaan yang perlu dihadapi oleh gerangan bernama Alif ini.
Benarlah, para lelaki yang bernama Alif ni, ujiannya luar biasa sedikit.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) November 26, 2023
Pada masa yang sama, penceramah bebas tersebut juga memuji Alif Satar yang dilihat menunjukkan gaya hidup yang sihat dan positif berbanding ‘Alif’ yang lain.
Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar je yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) November 26, 2023
Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!
Buat para lelaki di luar sana, harap korang bertabah dengan segala persoalan dari pasangan wanita dalam tempoh terdekat.
Sejak dua menjak ini, topik tentang poligami memang agak sensitif dan tidak digalakkan untuk menjadi bahan gurauan bila depan isteri. Kalau tidak, memang tidur luar bilik jawabnya.
Sebelum ini, isu poligami tular di media sosial selepas seorang lelaki dikenali sebagai Abang Tesla juga mengambil keputusan untuk bernikah buat kali kedua tanpa menceraikan isteri pertamanya.
Poligami membawa maksud seseorang lelaki yang berkahwin lebih daripada satu tanpa menceraikan isteri yang lain.
Mengikut hukum yang ditetapkan dalam agama Islam, berpoligami adalah tidak salah dan ia merupakan perkara sunnah, dengan syarat perlu menepati syarat seperti berkemampuan serta adil.
Baca Artikel Berkaitan: Video Tular ‘Abang Tesla’ Pujuk Isteri Minta Izin Poligami Raih Kecaman Netizen
Baca Artikel Berkaitan: “Hidup Ikut Netizen Ke Hadis?” – UAI Selar Kenyataan ‘Abang Tesla’ Tentang Kahwin Dua
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.