“Saya Tak Kisah” – Alif Satar Respon Komen Negatif Mengenai Kempen #GengSubuhMacamJumaat
Terdahulu, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang dilancarkan oleh Alif pada November 2023 mula tercetus selepas penyanyi itu menghadiri kelas agama oleh seorang ustaz.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui penyanyi dan pengacara versatil, Alif Satar telah melancarkan kempen #GengSubuhMacamJumaat.
Kempen yang mula dilaksanakan pada November tahun lalu merupakan salah satu usaha Alif untuk mengajak orang ramai memeriahkan masjid pada waktu solat subuh.
Kempen itu nyata mendapat sambutan hangat kebanyakan pihak. Ia dapat dibuktikan apabila lebih 3,000 orang menyertai kempen tersebut yang diadakan pada 1 Januari lalu.
Alif Tidak Peduli Pandangan Negatif Setengah Pihak Mengenai #GengSubuhMacamJumaat
Namun, dalam ramai yang memuji usaha Alif mengajak orang ramai ke arah kebaikan, terdapat segelintir individu yang didakwa kurang senang dengan inisiatif tersebut.
Ada segelintir yang berpendapat kempen yang dilaksanakan oleh penyanyi berkenaan mendapat sambutan hanya kerana status Alif sebagai seorang selebriti.
Pendapat individu ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial dengan majoritinya mengecam kenyataan yang dikeluarkannya.
Walau bagaimanapun, Alif yang juga merupakan seorang pelakon tidak mahu memikirkan soal pandangan negatif tersebut mengenai kempen berkenaan.
“Saya tidak peduli langsung sebab tahu apa yang dibuat ini, iaitu ajak ramai-ramai (solat secara berjemaah di masjid)… Dua tiga orang ini saya tak kisah.
“Saya fikir apabila buat gerakan sebegitu, ramai yang ikut. Tidak ada kena mengena dengan kepentingan diri. Apa yang saya buat memang kerana Allah SWT,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Ajak Orang Ramai Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Kawasan Masing-Masing
Pada masa yang sama, Alif turut menyeru orang ramai untuk mendirikan solat subuh secara berjemaah di masjid berhampiran kawasan masing-masing.
“Jom ajak semua orang di sekeliling kita untuk bangun solat subuh secara berjemaah di masjid berhampiran masing-masing.
“Insya-Allah, saya boleh sertai di mana-mana masjid nanti,” katanya.
Terdahulu, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang dilancarkan oleh Alif pada November 2023 mula tercetus apabila penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Seperti Aku menghadiri kelas agama oleh seorang ustaz.
Kempen itu nyata mendapat sambutan sehinggakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa turut menyertai dan mengagumi usaha Alif menerusi ciapan di akaun Twitter (X) miliknya.
Memulakan tahun baru 2024 dengan bersama-sama menyokong #GengSubuhMacamJumaat.
— Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) January 1, 2024
Saya kagum melihat ramai orang yang hadir pada aktiviti ini, khususnya anak muda. Inisiatif yang dimulakan oleh Saudara @AlifSatar_ ini perlu dipuji dan disokong oleh semua.
Saya amat menggalakkan… pic.twitter.com/nRxcv2B5xE
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi Pengalaman Sertai #GengSubuhMacamJumaat Bersama Alif Satar Di Masjid
Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Anak Muda” – Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid Raih Pujian Netizen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram