Now Reading
[Video] Lelaki Kongsi Pengalaman Sertai #GengSubuhMacamJumaat Bersama Alif Satar Di Masjid

[Video] Lelaki Kongsi Pengalaman Sertai #GengSubuhMacamJumaat Bersama Alif Satar Di Masjid

Lebih menarik lagi, gerakan #GengSubuhMacamJumaat ini tidak terhenti sehingga solat Subuh sahaja kerana ia diteruskan dengan acara larian sejauh lima kilometer pula.

geng subuh macam jumaat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak awal Disember 2023, selebriti versatil Alif Satar telah banyak berkongsi tips tentang amalan yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan kepada pengikutnya di media sosial.

Dengan pengaruh yang dimiliki, Alif juga telah berjaya mengajak orang ramai terutamanya golongan muda untuk memeriahkan tempat beribadah dengan cara hadir ke masjid bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Malah dia juga telah mewujudkan satu hashtag #GengSubuhMacamJumaat agar orang ramai dapat merasai pengalaman solat Subuh berjemaah dalam kumpulan yang besar sama seperti menunaikan solat Jumaat.


Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sertai #GengSubuhMacamJumaat

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@firdausmokhtar_), lelaki ini berkongsi pengalamannya ketika menyertai gerakan #GengSubuhMacamJumaat yang telah dimulakan oleh Alif Satar.

Dalam video berkenaan, pengguna TikTok bernama Firdaus itu menunjukkan suasana di kawasan masjid yang sesak dengan kereta sekitar jam 5:45 pagi dan orang ramai sudah mula memenuhi masjid sebelum jam 6:00 pagi.

Sumber: TikTok (@firdausmokhtar_)

Jemaah yang hadir telah disajikan dengan tazkirah dari penceramah bebas iaitu Ustaz Yaakub Yusra sementara menunggu azan masuk waktu Subuh.

Sumber: TikTok (@firdausmokhtar_)

Lebih menarik lagi, gerakan #GengSubuhMacamJumaat ini tidak terhenti sehingga solat Subuh sahaja kerana ia diteruskan dengan acara larian sejauh lima kilometer pula.

Memang ramai yang join larian ni. Ada yang sambil dukung anak, tolak stroller, pakai kain pelikat, pakai jubah pun ada, tapi kasut pula lawa lah.

Pengguna TikTok @firdausmokhtar_).
Sumber: TikTok (@firdausmokhtar_)

Selepas selesai acara larian, peserta akan diberikan satu kad yang tertulis ‘Challenge Accepted’ sebagai tanda berjaya menghabiskan larian berkenaan.

Sumber: TikTok (@firdausmokhtar_)

Gerakan #GengSubuhMacamJumaat itu dimeriahkan lagi dengan sajian sarapan secara percuma yang disediakan selepas selesai acara larian dan juga majlis cabutan bertuah.

Sumber: TikTok (@firdausmokhtar_)

Sempena hari pertama tahun 2024, lelaki ini telah berjaya mengikuti #GengSubuhMacamJumaat dan mengucapkan terima kasih kepada Alif Satar kerana menganjurkan perkara yang bermanfaat ini.

@firdausmokhtar_

#gengsubuhmacamjumaat tahun baru 2024. Memang terbaik. Lebih 3,000 jemaah hadir, penuh masjid. #fyp #tiktokmalaysia

♬ Sesungguhnya2019 – Alif Satar & Raihan

Netizen Kagum Alif Satar Bijak Guna Pengaruh Media Sosial

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang memuji tindakan Alif Satar kerana bijak memanfaatkan pengaruh yang ada di media sosial untuk mengajak orang ramai melakukan kebaikan.

Netizen juga berharap agar gerakan #GengSubuhMacamJumaat itu dapat diikuti oleh masyarakat beragama Islam di seluruh negara.

“Bila artis gunakan suara dia di jalan yang benar. Memang terbaik hasilnya,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, netizen berpendapat pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu memberi dana kepada Alif untuk mengajak golongan muda bersolat subuh secara berjemaah di masjid.

Sumber: TikTok

3,000 Individu Sertai Kempen #GengSubuhMacamJumaat Bersama Alif Satar

Dalam satu hantaran dimuat naik di laman Instagram milik Alif Satar (@alifsatar), selebriti ini telah mendedahkan seramai 3,000 jemaah telah menyertai solat Subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara.

Mereka kemudiannya meneruskan aktiviti dengan acara larian Fun Run sejauh lima kilometer yang diketuai oleh Alif Satar.

Penyanyi itu juga berharap jemaah yang hadir dapar mengajak kenalan mereka untuk sama-sama memeriahkan lagi #GengSubuhMacamJumaat.


Alif Satar Amalkan Tips ‘5 Second Rule’ Untuk Bangun Awal Pagi

Cakna tentang masalah dihidapi orang ramai, Alif telah berkongsi satu tips yang sering diamalkan olehnya iaitu dengan menerapkan ‘5 seconds rule’.

Alif berkata sebaik sahaja ‘alarm’ di telefon berbunyi, dia akan memberikan badannya selama 5 saat untuk bersedia sebelum bangun.

Oleh itu dia akan membuat kiraan selama 5 saat di dalam mindanya dan terus bangun daripada tidur.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Alif Satar Kongsi Tips ‘5 Second Rule’ Agar Mudah Bangun Awal Untuk Solat Subuh

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Anak Muda” – Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid Raih Pujian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Teguran Si Isteri Berjaya Buat Lelaki Ini Istiqamah Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Selama 2 Tahun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd