Now Reading
Teguran Si Isteri Berjaya Buat Lelaki Ini Istiqamah Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Selama 2 Tahun

Teguran Si Isteri Berjaya Buat Lelaki Ini Istiqamah Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Selama 2 Tahun

Menurut Faiz, dia telah berniat untuk berhijrah dan istiqamah mengerjakan solat Subuh di masjid selepas ditegur oleh isterinya pada dua tahun yang lepas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan, setiap daripada golongan manusia akan diuji oleh Allah SWT dalam pelbagai bentuk dan cara.

Sebagai contoh, terdapat segelintir umat beragama Islam di luar sana yang masih bergelut untuk menunaikan solat lima waktu dengan lengkap dan sempurna.

Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan orang ramai yang memberikan pelbagai sebab serta alasan untuk tidak mendirikan solat di masjid seperti tiada waktu terluang, penat dan sebagainya.


Lelaki Dedah Detik Mula Berniat Solat Subuh Berjemaah Tanpa Tinggal Di Masjid

Baru-baru ini, tular satu ciapan menerusi laman X (Twitter @faizedzahar) apabila lelaki itu berkongsi detik-detik permulaan untuknya menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid.

Menurut Faiz, dia telah berjaya istiqamah untuk menunaikan ibadah tersebut di masjid selama dua tahun tanpa tanpa henti walaupun dalam keadaan sakit (selain Covid-19) atau sedang melancong ke mana-mana destinasi.

Titik permulaan buat dirinya untuk berhijrah ke arah kebaikan itu adalah selepas dia berbual dengan si isteri di dalam kereta tentang ibadah. Kata Faiz, isterinya telah bertanya mengapa dia enggan untuk solat di masjid.

Menjawab kepada persoalan tersebut, Faiz berkata bahawa dia akan singgah ke masjid sekiranya berkesempatan dan mempunyai masa lapang.

“Abang sekarang bukannya susah mana pun. Kereta ada dua. Motor ada dua. Nak jalan kaki pun boleh, surau tak jauh mana.

“Allah SWT bagi jalan untuk permudahkan urusan ke surau. Nak berjalan merata elok pula. Apa masalah?” ujar isterinya.

Soalan dan nasihat yang dilontarkan oleh si isteri, membuatkan lelaki itu terdiam lalu terfikir tentang tindakannya yang jarang ke rumah Allah SWT untuk mengerjakan ibadah.

“Ketika itu, satu spot dalam hati kecilku berkata sambil menelan kepedihan nasihat. Ya tak ya juga. Benda ada kemudahan, bukannya cacat celah mana pun aku ini,” ujarnya.

Sumber: Pexels

Lelaki Ini Kentalkan Diri & Lawan Nafsu Tidur

Semenjak daripada itu, Faiz kentalkan hati dan mula melawan segala nafsu tidur bagi memastikan dirinya boleh mengerjakan ibadah tersebut di masjid pada awal pagi.

“Mula-mula memang kena kental. Yelah pagi dan sejuk memang syok betul untuk tidur. Nak atau tidak, kena mula juga,” katanya.

Faiz juga menggalakkan mereka yang ingin berubah untuk bermula dengan solat Subuh kerana waktu itulah setiap individu bebas dari segala urusan dunia.

“Waktu siang bekerja. Kadangkala, Zohor pun rapat dengan Asar. Petang malam sibuk dengan riadah dan dinner. Kemungkinan Maghrib pun sama kapit Isyak,” tambahnya.

Bila seseorang itu sudah terbiasa menunaikan Subuh secara berjemaah, lama-kelamaan niat untuk mengerjakan waktu solat yang lain di masjid atau pun surau pula akan timbul.

Di akhir perkongsian, Faiz berkata pendedahan kisah itu bertujuan untuk mengajak orang ramai agar mengamalkan rutin yang sama bagi mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Semoga 2024 ini jadikan diri kita terbaik. Pergilah masjid atau surau terdekat anda. Semoga Allah beri kekuatan Subuh jemaah ini kepadaku sehingga tak mampu oleh badan,” ujar lelaki berkenaan.


Alif Satar Kongsi Amalan ‘5 Second Rule’ Untuk Bangun Awal Pagi

Sehingga kini pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Alif Satar menjadi bualan orang ramai selepas berjaya mempengaruh orang ramai khususnya para pengikut di media sosial untuk memenuhkan ruangan masjid ketika solat Subuh seperti solat Jumaat.

Cakna tentang masalah dihidapi orang ramai, Alif telah mendedahkan tips yang dilakukan olehnya tentang cara-cara mudah untuk bangun pada awal pagi.

Kaedah yang sering diamalkan olehnya adalah dengan menerapkan ‘5 second rule’.

Alif berkata sebaik sahaja ‘alarm’ di telefon berbunyi, dia akan memberikan badannya selama 5 saat untuk bersedia sebelum bangun. Oleh itu dia akan membuat kiraan selama 5 saat di dalam mindanya dan terus bangun daripada tidur.

Sumber: Instagram (@alifsatar)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Alif Satar Kongsi Tips ‘5 Second Rule’ Agar Mudah Bangun Awal Untuk Solat Subuh

Baca Artikel Berkaitan: Jenis Liat Nak Bangun Subuh? Boleh Ikuti Tips Ini, Mungkin Lebih Efektif

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Anak Muda” – Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid Raih Pujian Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd