Now Reading
[Video] Alif Satar Kongsi Tips ‘5 Second Rule’ Agar Mudah Bangun Awal Untuk Solat Subuh

[Video] Alif Satar Kongsi Tips ‘5 Second Rule’ Agar Mudah Bangun Awal Untuk Solat Subuh

Amalan yang diterapkan oleh Alif Satar iaitu ‘5 second rule’ telah memudahkannya untuk bangun pada awal pagi dan solat secara berjemaah di masjid.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang ibadah solat, anda boleh lihat bahawa jemaah yang hadir ke masjid untuk solat Subuh tidaklah ramai seperti solat Jumaat.

Hal ini boleh terjadi disebabkan pelbagai punca seperti sibuk dengan urusan kerja, mengantuk dan juga kesukaran untuk bangun pada awal pagi.

Namun begitu, bagi mengejar pahala dan keberkatan Allah SWT, kita haruslah berusaha untuk melawan tabiat sukar bangun awal pagi dan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.


Alif Satar Kongsi Tips Bangun Awal Pagi Untuk Solat Subuh Di Masjid

Umum sedia maklum pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Alif Satar selalu menggunakan platform media sosialnya untuk mempengaruh orang ramai khusunya para pengikut agar mengamalkan perkara-perkara bermanfaat dalam rutin harian.

Seperti hari ini (13 Disember), Alif telah memuat naik satu perkongsian menerusi akaun Instagram miliknya (@alifsatar) menunjukkan dia yang sedang duduk di dalam masjid sedang memberikan tips tentang cara-cara mudah untuk bangun pada awal pagi.

Seperti kebiasaannya, kaedah yang sering diamalkan oleh orang ramai adalah dengan mendapatkan rehat mencukupi iaitu tidur awal pada waktu malam.

Selain itu, menetapkan jam penggera juga antara salah satu kaedahnya untuk mudah terjaga.

Namun begitu, masih ramai individu yang menghadapi kesukaran untuk bangun walaupun menggunakan kedua-dua cara tersebut.

Sumber: Instagram (@alifsatar)

Alif Satar Amalkan Tips ‘5 Second Rule’ Untuk Bangun Awal Pagi

Cakna tentang masalah dihidapi orang ramai, Alif telah berkongsi satu tips yang sering diamalkan olehnya iaitu dengan menerapkan ‘5 second rule’.

Alif berkata sebaik sahaja ‘alarm’ di telefon berbunyi, dia akan memberikan badannya selama 5 saat untuk bersedia sebelum bangun.

Oleh itu dia akan membuat kiraan selama 5 saat di dalam mindanya dan terus bangun daripada tidur.

“Korang boleh try, semoga istiqamah #gengsubuhmacamjumaat. Bila pergi, jangan lupa ajak member,” ujarnya.

Terdahulu, Alif telah mewujudkan satu hashtag #gengsubuhmacamjumaat agar orang ramai dapat merasai pengalaman solat Subuh berjemaah dalam kumpulan yang besar sama seperti menunaikan solat Jumaat.

Kempen yang dimulakan oleh Alif itu telah berjaya meraih tumpuan orang ramai apabila golongan mudah dilihat semakin ramai memenuhi masjid pada waktu Subuh.

Bukan sahaja menunaikan solat tetapi Alif bersama jemaah yang lain turut menyertai sesi kuliah dan menjamu selera beramai-ramai di masjid.

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Anak Muda” – Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid Raih Pujian Netizen


Netizen Beri Reaksi Positif Terhadap Perkongsian Tips Oleh Alif Satar

Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang individu berkata bahawa tips yang disarankan oleh Alif itu berkesan buat dirinya.

“This works for me! Alhamdulillah Allah SWT mudahkan bangun Subuh dan berjemaah. Semoga kita semua istiqamah,” ujar seorang lelaki.

Ada juga yang berasa kagum dengan semangat Alif yang tidak henti-henti untuk mengajak lebih ramai orang untuk ke masjid pada waktu Subuh.

“Salute Alif. Bagus sangat vibe anak muda macam ni. Harap dapat menghidupkan hati kita untuk istiqamah,” jelas seoarng wanita.

Sementara itu, ramai juga di kalangan pengikut penyanyi berkenaan telah berkongsi tips bangun pagi yang diamalkan oleh mereka.

“Kalau saya install aplikasi challenge clock. Contohnya, kena siapkan soalan matematik dulu baru dapat matikan alarm,” kata seorang netizen.

Unik juga cara dia untuk bangun awal pagi. Yang lain pula macam mana? Jom kongsikan dengan kami cara anda bangun untuk solat Subuh.

Sumber: Instagram (@alifsatar)

Baca Artikel Berkaitan: Jenis Liat Nak Bangun Subuh? Boleh Ikuti Tips Ini, Mungkin Lebih Efektif

Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Kongsi 15 Tips Ubah Gaya Hidup Lebih Bahagia & Positif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd