Now Reading
Sonny Bill Williams Join Alif Satar Bersama #GengSubuhMacamJumaat Undang Perhatian Ramai

Sonny Bill Williams Join Alif Satar Bersama #GengSubuhMacamJumaat Undang Perhatian Ramai

Solat Subuh berjemaah di Masjid Putra, Putrajaya itu turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian ilmu oleh Williams dan aktiviti brisk walk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Fenomena kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang telah dimulakan oleh penyanyi tanah air Alif Satar sejak tahun lalu disambut baik oleh orang ramai.

Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah penduduk di Singapura juga terinspirasi dengan kempen di mana masyarakat setempat memeriahkan masjid ketika waktu solat Subuh.

Lebih mengujakan apabila kempen ibadah tersebut turut disertai oleh bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams yang telah tiba ke Malaysia pada 16 Februari lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Sonny Bill Williams Bakal Sertai #GengSubuhMacamJumaat Di Masjid Putra

Baca Artikel Berkaitan: Geng Subuh Macam Jumaat Turut Dapat Sambutan Meriah Di Singapura [Video]


Sonny Bill Williams Sertai #GengSubuhMacamJumaat Di Masjid Putra

Menerusi perkongsian di laman TikTok Alif Satar (@itsalifsatar), penyanyi itu telah berkongsi klip video menyaksikan kira-kira 5,000 jemaah yang turut serta mengimarahkah #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Putra, Putrajaya.

Program yang diadakan semalam (25 Januari) turut disertai atlet terkenal, Williams bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Timbalannya Dr Zulkifli Hasan.

Memang tidak dapat dinafikan suasana orang ramai yang berhimpun termasuklah orang dewasa, para belia dan anak kecil kelihatan amat meriah.

Sumber: Facebook Dato’ Setia Dr. Naim

Semoga anak-anak belia yang datang pada hari ini (semalam) akan meneruskan semangat untuk solat Subuh bukan sahaja dengan kehadiran influencer, yang paling penting ialah niat kehadiran untuk menunaikan solat.

Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Perkongsian Ilmu & Aktiviti Brisk Walk Selepas Solat Subuh

Solat subuh secara berjemaah itu kemudiannya diikuti dengan perkongsian ilmu bersama Williams dan aktiviti brisk walk bermula dari Masjid Putra hingga ke Istana Kehakiman kira-kira sepanjang 2.7 kilometer.

Difahamkan kehadiran Williams ke Malaysia adalah untuk menyertai pelbagai program keagamaan serta aktiviti sukan termasuklah Klinik Rugbi di Mini Stadium Majlis Sukan Negara dan makan tengah hari bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim/Dato’ Setia Dr. Naim

Alif Ajak Orang Ramai ‘All Out’ Subuh Di Masjid Ketika Ramadan

Di ruangan kapsyen hantaran, Alif mengambil peluang mengajak lebih ramai umat Islam untuk menyertai program ibadah tersebut bersempena ketibaan bulan suci Ramadan tidak lama lagi.

#GengSubuhMacamJumaat 16 days road to Ramadan. Ready nak go all out? Semoga kita diberi rezeki bertemu Ramadan.

Alif Satar.
https://www.tiktok.com/@itsalifsatar/video/7339436242473389319

Netizen Harap Alif Tak Henti Teruskan Perjuangan Dakwah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berbangga dengan gerakan yang dibawa oleh Alif Satar yang sudah membuka mata orang ramai untuk solat Subuh secara berjemaah di masjid.

“Terbaik semua. Artis yang paling aku kagumi. Semoga sentiasa membawa kebaikan,” ujar seorang warganet.

Malah, ramai juga di kalangan orang ramai yang berharap agar Alif tidak berhenti menyebarkan dakwah serta mengajak umat beragama Islam turut serta dalam kempen berkenaan.

“Allhamdulillah syukur, teruskan perjuanganmu sahabat (Alif),” jelas seorang individu.

Ada juga yang berpendapat bahawa menunaikan solat Subuh di masjid akan menjadi kebiasaan sekiranya seseorang itu menjadikan ia sebagai rutin harian.

“Perkara baik walau sukar nak buat memang kena mula dengan paksaan pada diri sendiri. Lama-lama Insya-Allah ia akan sebati dalam diri, hati kita Allah yang pegang,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@itsalifsatar)

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Anak Muda” – Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid Raih Pujian Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd