Now Reading
Sonny Bill Williams Bakal Sertai #GengSubuhMacamJumaat Di Masjid Putra

Sonny Bill Williams Bakal Sertai #GengSubuhMacamJumaat Di Masjid Putra

Program #GengSubuhMacamJumaat yang akan dihadiri oleh Sonny Bill Williams itu diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 25 Februari ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang dimulakan oleh penyanyi terkenal, Alif Satar merupakan satu inisiatif yang baik.

Malah kempen ini turut disambut baik oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi turut menjadi ikutan di negara luar seperti Singapura.

Bukan hanya itu, inisiatif ini turut dipuji oleh para agamawan kerana ia mengajak orang ramai untuk bersama-sama melaksanakan perintah Allah.

Baca juga: [Video] Lelaki Kongsi Pengalaman Sertai #GengSubuhMacamJumaat Bersama Alif Satar Di Masjid

Baca juga: Geng Subuh Macam Jumaat Turut Dapat Sambutan Meriah Di Singapura [Video]

Sonny Bill Williams akan sertai Geng Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra

Terbaharu, kempen #GengSubuhMacamJumaat itu turut akan disertai bekas pemain ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams yang bakal diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Putrajayaku di laman X dalam satu hantaran pada pagi tadi. Program itu bakal diadakan pada Ahad (25 Februari ini), jam 5 pagi.

Program tersebut adalah anjuran kerajaan bersama Geng Subuh Macam Jumaat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Perbadanan Putrajaya, Polis Diraja Malaysia serta banyak lagi.

Turut adakan aktiviti Brisk Walk lepas solat jemaah subuh

Antara aktiviti yang bakal dilakukan dalam program tersebut adalah ‘brisk walk’ bersama bekas pemain ragbi berkenaan sebaik selesai solat subuh berjemaah.

Berita mengenai program tersebut secara tidak langsung turut menarik perhatian ramai khususnya peminat yang sudah lama meminati Williams.

Ramai teruja untuk turut serta mengimarahkan program

Melihat di ruangan balas ramai yang tidak sabar untuk menyertainya malah mereka turut dilihat mengajak rakan-rakan lain untuk sama-sama mengimarahkan program tersebut.

Bukan hanya itu, ada juga yang mengajak Williams untuk datang ke negeri mereka untuk melakukan kempen yang sama.

Walau bagaimanapun, setakat ini program ini belum lagi disiarkan oleh Masjid Putra mahupun Sonny Bill Williams di akaun media sosial mereka.

Untuk makluman bintang ragbi ini telah sampai ke Malaysia pada 16 Februari lalu.

Malah Williams turut memaklumkan kedatangannya ke negara ini dalam satu video yang dimuat naik di laman X (Twitter).

“Kepada orang Malaysia, tidak sabar untuk berjumpa anda semua,”katanya sambil menegur orang ramai yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd