Now Reading
Tram Tanpa Trek Pertama Di Putrajaya, Boleh Naik Percuma Selama 4 Hari Februari Ini

Tram Tanpa Trek Pertama Di Putrajaya, Boleh Naik Percuma Selama 4 Hari Februari Ini

Tram tanpa trek itu akan mula diuji dalam tempoh percubaan bermula Februari ini bersempena dengan Putrajaya Open Day sehingga Disember 2024.

trackless tram putrajaya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengangkutan awam adalah satu keperluan yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia terutamanya bagi mereka yang sering menggunakannya setiap hari untuk ke pejabat.

Dengan adanya perkhidmatan rel seperti LRT, MRT, KTM, BRT dan monorel, warga kota boleh bergerak ke destinasi sekitar Lembah Klang dengan lebih mudah.

Baca Artikel Berkaitan: 9 Tempat Best Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Pergi Dengan Pengangkutan Awam

Baca Artikel Berkaitan: Tambang Pengangkutan Awam Percuma Buat Golongan OKU Bermula Februari 2024 – Anthony Loke


Putrajaya Bakal Miliki Pengangkutan Tram Tanpa Trek Dalam Tempoh Terdekat

Ada berita gembira untuk warga Putrajaya dan penduduk sekitarnya!

Selain MRT laluan Putrajaya, satu lagi perkhidmatan awam bakal diwujudkan iaitu Transit Aliran Automatik (ART) atau ‘trackless tram’.

Tram tanpa trek itu akan mula diuji dalam tempoh percubaan bermula Februari ini bersempena dengan Putrajaya Open Day sehingga Disember 2024.

Fasa ujian tersebut dipercayai akan dilakukan di laluan panjang berhampiran Dataran Putrajaya dan gerbang Perbadanan Putrajaya.

Kepada yang tertanya-tanya bagaimana menaiki pengangkutan ini dan mahu merasai pengalaman tersebut, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri projek rintis ini secara percuma pada Februari ini.

Tetapi perkhidmatan secara percuma itu hanya terhad selama empat hari sahaja iaitu bermula dari 1 hingga 4 Februari 2024 di Kompleks Perbadanan Putrajaya.


Negeri-negeri Lain Di Malaysia Yang Juga Bakal Membina Tram Tanpa Trek

Memetik The Edge Malaysia, Mobilus Sdn Bhd juga bakal memperkenalkan perkhidmatan ART di Johor dengan memulakan percubaan di Iskandar Malaysia sebagai lokasi pertama.

Pada tahun 2021, ART telah dipandu uji di jalan raya awam selama empat bulan bagi memastikan keberkesanannya sebelum dibuka untuk penduduk sekitar.

Projek IMBRT ini dijangka akan bergerak dalam kelajuan 70 kilometer per jam dan boleh mengangkut lebih 300 penumpang dalam tiga gerabak.

Kapasiti pengangkutan ART ini boleh bertambah kepada 500 penumpang dalam lima gerabak. Keseluruhan bagi ketiga-tiga laluan utama iaitu Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri adalah seluas 2,043 kilometer.

Pada masa sama, perkhidmatan ini juga akan diwujudkan di Sarawak dan laluan ART dijangka siap pada hujung tahun 2027.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd