Now Reading
Tambang Pengangkutan Awam Percuma Buat Golongan OKU Bermula Februari 2024 – Anthony Loke

Tambang Pengangkutan Awam Percuma Buat Golongan OKU Bermula Februari 2024 – Anthony Loke

Tambang pengangkutan awam secara percuma itu termasuklah perkhidmatan LRT, MRT, monorel dan bas sekitar Lembah Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang anda tahu, rakyat Malaysia terdiri daripada diversiti penduduk di mana terdapat juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hampir 1 juta warga OKU dalam negara sudah berdaftar pada tahun ini.

Bagi menjaga kebajikan kumpulan tersebut, hari ini (21 Disember), kerajaan telah mengumumkan bahawa kesemua pemegang kad OKU bakal menikmati tambang pengangkutan awam percuma bermula 1 Februari 2024.


Tambang Percuma Untuk Golongan OKU Di LRT, MRT, Monorel & Bas

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, inisiatif tersebut akan tersedia di semua perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), transit aliran deras (MRT), monorel serta bas di sekitar Lembah Klang.

“Ini satu inisiatif penting walaupun ada implikasi kewangan kepada pihak prasarana kerana hasil (kutipan tiket) berkurangan,” katanya.

Tambah Loke, dia telah meminta pengerusi dan ahli lembaga pengarah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk bersetuju dengan program tersebut sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) penting.

Inisiatif itu juga adalah selari dengan hasrat dan prinsip kerajaan MADANI terhadap kebajikan golongan OKU di Malaysia.


Inisiatif Baru Ini Adalah Penambahbaikan Kepada Pas Konsesi Golongan OKU

Jelas menteri tersebut, inisiatif baru yang diperkenalkan itu adalah penambahbaikan kepada pas konsesi dijalankan sebelum ini di mana pengangkutan awam menawarkan diskaun 50% ke atas tambang perjalanan golongan OKU.

Dalam pada itu, Rapid KL dan Rapid Penang juga telah menyediakan perkhidmatan khusus untuk penumpang OKU yang dipanggil sebagai Rapid Mobiliti. Perkhidmatan tersebut termasuklah pemasangan kemudahan lif hidraulik untuk kegunaan pelanggan yang menggunakan kerusi roda.

“Bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan ke hospital ataupun untuk rawatan secara berkala, (program pas konsesi) ini adalah sesuatu yang sangat baik dan bagi saya adalah satu inisiatif inovatif,” ujarnya.

Sumber: Gamuda Berhad

Golongan OKU Perlu Buat Permohonan Pas Konsesi

Buat golongan OKU di luar sana, anda haruslah membuat permohonan untuk mendapat pas konsesi khas yang dikeluarkan oleh JKM bagi khidmat tambang percuma itu.

“Kita perlu sedikit masa untuk menggubah beberapa sistem tiket dalam masa sebulan ini,” ulas Loke.

Walau bagaimanapun, segala terma dan syarat kelayakan mendapatkan pas konsesi istimewa itu bakal dimaklumkan oleh kementerian dalam masa terdekat.


Anthony Loke Bersama Dr Noraini Buat Tinjauan Projek Koc Wanita MRT

Semasa Majlis Pelancaran Projek Perintis Koc Wanita MRT hari ini, Loke bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah turut sempat meninjau pelaksanaan koc wanita di pengangkutan awam itu.

Mengulas lanjut tentang kemudahan tersebut, Loke berkata inisiatif berkenaan dijalankan bagi memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan para penumpang wanita.

Ia juga dilaksanakan bagi membanteras gangguan seksual yang dilihat semakin berleluasa pada masa kini.

Semenjak program itu dimulakan, trend kes gangguan seksual dilihat menurun pada bulan lepas (November) walaupun jumlah penumpang meningkat. Oleh disebabkan itu, koc wanita itu bakal diperluas bagi laluan Putrajaya pula.

Sumber: Sinar Harian

Baca Artikel Berkaitan: Koc Wanita Diperkenalkan Di MRT Laluan Kajang, Dalam Fasa Pemasangan Pelekat & Pengujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pasangan Selamba Parkir Di Tempat OKU, Bagi Alasan Hanya Mahu Guna Sekejap Sahaja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd