Now Reading
[Video] Pasangan Selamba Parkir Di Tempat OKU, Bagi Alasan Hanya Mahu Guna Sekejap Sahaja

[Video] Pasangan Selamba Parkir Di Tempat OKU, Bagi Alasan Hanya Mahu Guna Sekejap Sahaja

Respon yang diberikan selepas mereka ditegur salah guna parkir Orang Kurang Upaya (OKU) di IOI City Mall seolah-olah mementingkan diri.

sosial eksperimen ioi city mall parking oku

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika anda pergi ke mana-mana premis awam seperti pusat membeli-belah, mereka akan menyediakan kemudahan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Antara fasiliti yang disediakan adalah seperti tempat parkir yang berhampiran dengan pintu masuk dan juga tandas khas yang lebih besar.

Walaupun sudah ada papan tanda yang menunjukkan bahawa kemudahan tersebut dikhaskan untuk golongan OKU, tetapi masih ada sesetengah pihak yang mementingkan diri dengan menyalahgunakannya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Atlet Paralimpik Luah Rasa Kesal Tindakan Lelaki Normal Masuk Tandas OKU Untuk Basuh Baju

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU


Pasangan Pentingkan Diri Dengan Meletakkan Kereta Di Tempat Parkir OKU

Baru-baru ini, team media sosial IOI City Mall, Putrajaya telah berkolaborasi dengan TikToker Zachary Chiah untuk melakukan eksperimen sosial terhadap penggunaan parkir OKU di pusat membeli-belah berkenaan ketika hari minggu.

Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok (@ioicitymallmy), TikToker dikenali sebagai Zach itu mendedahkan ramai pengunjung mengadu tentang tindakan beberapa individu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan parkir OKU.

Hasil pemerhatian yang dilakukan juga mendakwa wujud sesetengah pengunjung yang menggunakan stroller kanak-kanak telah meletakkan kereta mereka di parkir OKU.

Selepas tempoh 90 minit di kawasan parkir OKU, sebuah kereta dilihat telah memarkir di kawasan OKU dan kelihatan pasangan lelaki serta wanita yang sihat walafiat tanpa kecacatan keluar dari kereta dan memasuki premis IOI City Mall.

Menyedari perkara itu, Zach cuba menghampiri mereka dan memberi teguran untuk mengalihkan kereta kerana parkir di tempat OKU.

Sumber: TikTok @ioicitymallmy

Namun respon yang diberikan oleh pasangan itu agak mengejutkan kerana jawapan yang diberikan seolah-olah mementingkan diri.

Dakwa lelaki itu lagi, mereka hanya mengambil masa sekejap sahaja untuk pergi ke pusat membeli-belah tersebut.

Ketika teguran itu dibuat, lelaki terbabit juga bertanya sama ada Zach pekerja di premis berkenaan atau tergolong dalam kategori OKU sebelum bertindak untuk tidak menghiraukan teguran yang diberikan.

Kalau you bukan pekerja sini, bukan OKU. You relax sudah la. Tak payah kacau-kacau. I nak cepat ni eh.

Lelaki yang menyalahgunakan parkir OKU di IOI City Mall.

Respon yang diberikan oleh lelaki itu juga membuatkan Zach terkejut dan bertindak mengambil gambar kereta berkenaan yang meletakkan kenderaan di parkir OKU.

Selepas tempoh 40 minit berada di pusat membeli-belah tersebut, pasangan itu dilihat kembali semula ke kereta dan beredar.

@ioicitymallmy

What are your thoughts on OKU parking usage? A social experiment in IOI City Mall, in collaboration with @IamZach #socialexperiment #ioicitymall #okuparking

♬ original sound – IOI Mall Puchong – IOI Mall Puchong

Netizen Bengang Dengan Sikap Pentingkan Diri Oleh Pasangan Itu

Menjengah ke ruangan komen video itu, kebanyakan netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka selepas melihat aksi tidak bertanggungjawab oleh pasangan tersebut yang menggunakan tempat parkir OKU sesuka hati.

Sesetengah netizen berpendapat wajah pasangan tersebut dan nombor plat kereta mereka sepatutnya ditularkan.

Pada masa yang sama, netizen lain pula mempersoalkan tindakan pusat membeli-belah yang tidak mengunci tayar kereta berkenaan atau mengenakan denda atas kesalahan yang dilakukan.

“Kenapa tak clamp? Mall patut clamp je. Letak denda tinggi. Lepas itu cakap sata clamp kejap je,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Larangan Meletakkan Kenderaan Di Tempat OKU

Umum sedia maklum, tempat parkir OKU hanya disediakan untuk golongan tertentu dan tidak boleh digunakan sesuka hati.

Memetik sumber Paul Tan Automotive News, kesalahan meletak kenderaan di kotak khas dikategorikan bawah peraturan Perintah Lalulintas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pelaku yang menyalahgunakan parkir OKU boleh dikenakan saman RM100 bagi setiap kesalahan. Kadar saman ini pula mungkin berbeza-beza dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain.

Kepada mereka yang mahu menggunakan parkir OKU, pastikan anda mempunyai pelekat khas OKU yang ditampal pada cermin kereta dan juga kad yang mengesahkan status anda sebagai individu kurang upaya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd