[Video] Atlet Paralimpik Luah Rasa Kesal Tindakan Lelaki Normal Masuk Tandas OKU Untuk Basuh Baju
Atlet paralimpik Malaysia iaitu Daniel Lee terpaksa menunggu sehingga 1.5 jam untuk menggunakan tandas Orang Kurang Upaya (OKU) di Pavilion KL.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sering berdepan masalah di mana kemudahan yang disediakan kepada mereka disalah guna oleh masyarakat sehingga menyukarkan urusan mereka.
BACA JUGA: [Video] Ramai Kecam Perbuatan Wanita Pura-pura ‘Berlakon’ Masuk Tandas OKU
Pada hari Selasa lalu (21 Mac), atlet paralimpik Malaysia dan juga peguam bela OKU iaitu Daniel Lee menceritakan pengalamannya ketika hendak menggunakan tandas di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Pavilion KL.
Difahamkan pada ketika itu, tandas tersebut digunakan oleh orang lain.
Jadi, dia mengambil keputusan untuk menunggu sahaja di luar tandas meskipun nalurinya mengesyaki bahawa tandas itu digunakan oleh orang yang normal dan bukannya OKU.
Namun selepas menunggu selama 1.5 jam, Daniel bertindak mengetuk pintu tandas tiga hingga lima kali bagi memastikan ada orang atau tidak di dalamnya.
Individu di dalam tandas itu memberitahu dia masih belum selesai.
Atlet Paralimpik Ini Bertindak Memanggil Pihak Pengurusan Pavilion KL Untuk Mendapatkan Bantuan
Daniel mengambil keputusan untuk menghubungi pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut untuk mendapatkan bantuan.
Tetapi ketika lelaki itu keluar dari tandas OKU berkenaan, dia cuba untuk menepis pihak pengurusan.
Daniel dengan beraninya bersemuka dengan lelaki itu dan bertanya mengapa dia mencuci pakaian di dalam tandas OKU dalam tempoh yang agak lama.
Lelaki tersebut menjelaskan dia baru berpindah dari kediamannya dan ingin mencuci pakaian sebelum menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman.
Tambah lelaki itu lagi, dia tidak mahu untuk mencuci pakaiannya di tandas lelaki.
Walaupun perbuatan lelaki tersebut sudah ‘ditangkap’, tetapi dia masih menegakkan bahawa tindakannya tidak salah kerana menurutnya tandas OKU tidak digunakan oleh sesiapa pada ketika itu.
Tindakan lelaki berkenaan yang tidak menghiraukan ketukan dari luar membuatkan Daniel menjadi lebih bengang. Lelaki tersebut juga berfikir mungkin ketukan itu adalah dari petugas kebersihan.
Lelaki Tersebut Cuba Melarikan Diri Dan Tidak Mengaku Salahnya Mencuci Pakaian Dalam Tandas OKU
Dalam pada itu, Daniel meminta lelaki tersebut untuk meminta maaf dan menunggu sehinnga pihak keselamatan tiba bagi menjelaskan polisi terhadap insiden yang berlaku.
Namun, lelaki berkenaan menjadi marah dan menyuruh Daniel untuk diam ketika Daniel menyoalnya tanpa henti.
Dia juga dilihat cuba untuk melarikan diri menerusi lif dan apabila Daniel mahu mengikutnya, dia cepat-cepat keluar dan beredar.
Daniel cuba memujuk lelaki itu dengan memberitahu bahawa dia akan menggugurkan kes itu sekiranya penalti yang dikenakan agak tinggi tetapi dia hanya mahu menjelaskan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.
Atlet Paralimpik Berharap Insiden Ini Tidak Berulang Lagi
Dalam video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya (@pushtoinspire), Daniel menjelaskan dia tidak berniat untuk memalukan lelaki berkenaan kerana dia tidak mengetahui cara menutup muka seseorang di dalam gambar.
Tambahnya lagi, pihak pengurusan juga hanya mampu berkata dalam nada yang sopan untuk memberitahu individu normal itu supaya tidak menggunakan tandas OKU.
Daniel berharap agar pihak pengurusan dapat mempertingkatkan penguasaan mereka bagi setiap kemudahan OKU agar kejadian yang sama tidak berlaku lagi.
Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Kejadian Lelaki Mencuci Pakaian Di Tandas OKU
Isu yang berlaku itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang memuji Daniel kerana berani bersemuka dan meminta lelaki itu untuk bertanggungjawab terhadap tindakannya.
Walau bagaimanapun, segelintir netizen pula mendakwa mungkin lelaki berkenaan kehilangan tempat tinggal dan menasihati Daniel untuk memahami situasi itu.
Salah satu komen yang mendapat perhatian Daniel adalah apabila mereka memberi pendapat bahawa atlet paralimpik itu untuk menggunakan tandas lain.
Daniel membalas komen tersebut dengan mengatakan bahawa individu yang normal mempunyai lebih banyak pilihan tandas berbanding golongan OKU.
Atlet paralimpik itu menegaskan bahawa golongan OKU yang lain turut berdepan masalah sama apabila masyarakat kerap kali menyalah gunakan kemudahan yang disediakan untuk mereka.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.