Now Reading
[Video] Menyedihkan! Anak Muda Lebih Kenali Justin Bieber Dari Tun Abdul Razak

[Video] Menyedihkan! Anak Muda Lebih Kenali Justin Bieber Dari Tun Abdul Razak

Malah ada juga yang meneka foto Bapa Pembangunan itu sebagai Tun Hussien Onn dan juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Umum mengetahui Malaysia melalui pelbagai cabaran untuk memajukan negara, malah nenek moyang di zaman dahulu sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mendapatkan kemerdekaan.

Malah dari situlah lahirnya pemimpin yang berjiwa besar masa kini hasil usaha keras tokoh-tokoh terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn serta banyak lagi.

Namun apa yang menyedihkan semakin maju di arus pemodenan semakin ramai generasi muda yang tidak mengenali tokoh-tokoh ini apatah lagi jika ditanya tentang sumbangannya.

Generasi muda tak tahu siapa Tun Abdul Razak

Perkara ini sama seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini, apabila seorang influencer telah melakukan satu eksperimen sosial memaparkan golongan muda yang tidak mengenali Perdana Menteri (PM) Ke-2 Malaysia, Tun Abdul Razak Datuk Hussein.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Raffisimple, dia telah menunjukkan dua gambar kepada empat wanita yang menyertai eksperimen tersebut.

Gambar yang pertama ialah penyanyi antarabangsa, Justin Bieber manakala foto kedua memaparkan wajah Bapa Pembangunan.

@raffisimple PT 3 sudah mari 🇲🇾 #pandai #publicprank #publicchallenge #publicinterview ♬ original sound – CANCHY KE TU

Kenal Justin Bieber, tapi tak kenal tokoh negarawan

Ketika gambar pertama ditunjukkan, rata-rata mengatakan mereka mengenali selebriti antarabangsa itu malah ada yang menyanyikan salah satu lagunya.

Namun apa yang menjadi perhatian, apabila gambar kedua dipaparkan hampir kesemua anak muda itu tidak mengenali siapakah tokoh berkenaan.

Ada juga dua daripadaya menjawab gambar kedua itu adalan Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Rahman.

“Saya Sejarah Gagal”

Apa yang lebih mengejutkan ada juga yang menjawab dia tidak mengenali tokoh terbabit selain mengakui dia gagal dalam subjek Sejarah.

“Ini Justin Bierber tau guys, siapakah ini?” soal Raffisimple sambil menunjukkan potrer wajah Tun Abdul Razak.

“Dia yang jawab,” kata wanita tersebut sebelum memberi kepada rakannya untuk menjawab soalan tersebut. Rakan itu lalu menyebut nama Tun Abdul Razak namun tidak pasti dengan jawapan diberikan.

Raffisimple kemudian bertanya semula kepada wanita tersebut sebelum dia memberikan jawapan sama.

“Saya tidak tahu, saya Sejarah gagal. Tun Abdul Razak,” kata wanita tersebut.

Melihat di ruangan komen, ada yang berang dengan jawapan diberikan oleh wanita berkenaan. Ini kerana sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya tahu siapakah tokoh-tokoh yang berjasa dalam membangunkan negara pada suatu masa dahulu.

Bukan hanya itu, usaha yang dilakukan oleh mereka seperti dasar kerajaan juga masih digunakan sehingga hari ini.

Malah semua tokoh ini turut diajar di sekolah dalam pelbagai mata pelajaran seperti Geografi, Sejarah dan sebagainya.

“‘Saya tak tahu sejarah saya gagal’ wah senang jawapan dia bagi”

“Tu Tun Haji Abdul Razak, bapa Datuk Seri Najib Razak”

“Bagus bang buat lagi konten-konten macam ni biar budak tahu sejarah”

“Bang perli ke cakap semua pandai”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd