Now Reading
[Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU

[Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU

Isteri kepada lelaki buta penglihatan itu sempat merakam video ketika suaminya mengalihkan motosikal dari laluan ‘Guiding Block’ ketika berada di salah sebuah stesen MRT.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia berdepan pelbagai cabaran setiap hari ketika menjalani kehidupan mereka kerana kebanyakan kemudahan yang disediakan disalah gunakan oleh individu normal.

Sebelum ini, wujud kes di mana individu normal menggunakan tandas OKU sesuka hati di sebuah pusat membeli-belah untuk mencuci pakaian sehingga 1.5 jam.

Sikap mementingkan diri ini tidak sepatutnya berlaku kerana akan menyukarkan urusan atau pergerakan golongan OKU dalam kehidupan harian mereka.

BACA JUGA: [Video] Atlet Paralimpik Luah Rasa Kesal Tindakan Lelaki Normal Masuk Tandas OKU Untuk Basuh Baju

BACA JUGA: [Video] Ramai Kecam Perbuatan Wanita Pura-pura ‘Berlakon’ Masuk Tandas OKU


Lelaki OKU Buta Penglihatan Terpaksa Alihkan Motosikal Yang Menghalang Laluan ‘Guiding Block’ Di Stesen MRT

Menerusi satu perkongsian video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@MrRanggaPnNadia), seorang wanita bernama Nadia berkongsi kisah ketika dia mahu mengambil suaminya yang buta penglihatan di salah sebuah stesen MRT.

Ketika ingin berjalan menuju ke arah kereta, Nadia terlihat suaminya dengan gigih mengalihkan motosikal yang meletakkan kenderaan di laluan ‘Guiding Block’ untuk golongan buta penglihatan.

Selepas selesai mengalihkan motosikal ke bahagian tepi, suaminya kembali berjalan menuju ke arah kereta sambil menggunakan tongkat.

Susulan situasi yang berlaku itu, pasangan suami isteri ini menasihati orang ramai untuk tidak menghalang laluan ‘Guiding Block’ yang berfungsi bagi membantu golongan OKU buta penglihatan untuk bergerak dan ‘melihat’ ketika berjalan.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai apabila mendapat 1.7 juta tontonan dalam tempoh 24 jam dimuat naik di laman TikTok.

https://www.tiktok.com/@mrranggapnnadia/video/7237887828695223559

Netizen Berterima Kasih Atas Nasihat Untuk Diberikan Kepada Orang Ramai

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada pasangan suami isteri ini memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada masyarakat.

Malah, mereka juga memuji sikap suami kepada Nadia kerana membantu pergerakan individu OKU yang lain dengan mengalihkan motosikal di laluan panduan bagi golongan buta penglihatan sepertinya.

Dalam pada itu, ada juga yang baru mengetahui bahawa ‘Guiding Block’ itu berfungsi untuk kegunaan golongan OKU buta penglihatan kerana sebelum ini mereka menganggap ia hanya sebagai hiasan.

Semoga dengan perkongsian video ini dapat mendidik masyarakat untuk tidak menyalah gunakan atau menghalang mana-mana kemudahan yang disediakan untuk golongan OKU.


Tips Jika Anda Ingin Membantu Pergerakan Individu OKU Penglihatan

Nak tolong individu buta penglihatan itu ada caranya tersendiri.

Ini kerana sesetengah individu normal yang ingin memberi panduan untuk mereka berjalan akan mengangkat tongkat daripada kawasan pejalan kaki. Cara seperti itu kurang tepat sebenarnya.

Sumber: TikTok @lbk2907

Jom kami kongsikan tips untuk membantu memberi panduan kepada golongan buta penglihatan ketika mereka berjalan. Antaranya:

  • Meletakkan tangan mereka di bahu anda.
  • Berjalan di hadapan mereka bagi mengelakkan dari golongan ini terjatuh sekiranya ada tangga di hadapan.
  • Tidak mengangkat tongkat mereka kerana ia masih perlu digunakan sebagai panduan untuk berjalan.
  • Memperkenalkan aplikasi Google Maps atau Lazarillo yang dicipta khas untuk golongan buta penglihatan.

BACA JUGA: [Video] Nak Bantu Golongan Buta Jalan Di Kaki Lima? Ini Panduan Yang Tepat

BACA JUGA: Kisah Murid Darjah Satu Pimpin Ibu dan Ayah Buta Sewaktu Orientasi Undang Sebak Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd