Now Reading
Syamimia Minta Maaf, Perjelas Kenapa Kurang Kongsi Tentang Palestin Di Media Sosial

Syamimia Minta Maaf, Perjelas Kenapa Kurang Kongsi Tentang Palestin Di Media Sosial

Syamimia juga menjelaskan dia terpaksa memadam video yang telah dimuat naik penjelasannya kerana dipenuhi dengan banyak komen negatif.

syamimia palestin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel kini menjadi perhatian seluruh dunia termasuklah individu berpengaruh seperti pengasas perniagaan dan juga artis terkenal.

Di media sosial, ramai selebriti luar negara mahupun tempatan seperti Bella Hadid, Dua Lipa, Daiyan Trisha dan Mira Filzah menunjukkan solidariti mereka terhadap perjuangan Palestin.

Malah, pengguna media sosial yang lain juga tidak ketinggalan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan isu yang berlaku ini.

Artikel Berkaitan: Pengasas Huda Beauty Beri Respon Padu Lepas Rakyat Israel Mahu Boikot Kerana Sokong Palestin

Artikel Berkaitan: Digelar ‘Opportunist’ Selepas Keluarkan Semula Koleksi ‘dUCk Palestine’, Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin


Influencer Syamimia Beri Penjelasan Kenapa Kurang Berkongsi Tentang Palestin Di Media Sosial

Walau bagaimanapun, seorang TikToker dikenali sebagai Syamimia telah menerima beberapa komen dari netizen yang memintanya untuk memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi tentang Palestin kepada 372,000 orang pengikutnya di Instagram.

Malah, ada juga netizen yang beranggapan seseorang yang berdiam diri dan bersikap neutral seolah-olah memihak kepada musuh sekaligus membuatkan dia dikritik ramai.

Susulan timbulnya isu terbabit, Syamimia tampil memberi penjelasan tentang mengapa dia kurang berkongsi tentang Palestin di media sosial miliknya.

Syamimia menjelaskan dia bercadang untuk memberi sumbangan kepada Palestin seperti mana yang dilakukan oleh seorang influencer terkenal sebelum ini.

Namun setakat ini, dia hanya mampu menyumbang doa sahaja kepada masyarakat Palestin.

Tambah Syamimia lagi, tidak berkongsi di media sosial tidak bermakna seseorang itu mengambil ringan terhadap isu yang sedang bergolak di Palestin.

Tak berkongsi tak bermaksud kita tak ambil tahu, jahil atau tak sayang. Sama-samalah kita perbaiki diri, sokong mana yang benar dan berdoa. Kalau ada rezeki lebih, salurkan sumbangan kepada tabung-tabung yang sahih.

Syamimia.

Malah, Syamimia juga mengatakan kebaikan yang dilakukan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada Palestin tetapi sepatutnya dilakukan secara menyeluruh termasuklah ahli keluarga sendiri.

Hormati sesiapa sahaja dari segi latar belakang dia punya agama, bangsa tapi orang taknak peduli. Orang cakap kita kena ‘protect’ agama Islam kita, sedangkan orang bukan Islam pun menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Syamimia.

Di akhir video yang berdurasi sekitar empat miniti itu, Syamimia turut menyatakan kasih sayangnya kepada masyarakat Palestin.

Video asal di akaun TikTok telah dipadam. Walau bagaimanapun, video berkenaan telah dimuat naik semula oleh pengguna X (Twitter @const3ll4r).


Netizen Kurang Senang Dengan Respons Syamimia Yang Enggan Menunjukkan Sokongan Kepada Palestin

Meskipun sudah memberi penjelasan panjang lebar, namun netizen tidak tetap berpuas hati dan mengecam kenyataan yang diberikan oleh Syamimia.

Ramai yang menganggap kata-katanya itu tiada kaitan dengan Palestin dan mendakwa ia lebih kepada tentang kehidupannya sahaja.

Dalam pada itu, sesetengah netizen juga berpendapat tidak salah jika dia memanfaatkan media sosialnya untuk berkongsi tentang Palestin memandangkan dia mempunyai pengikut yang banyak.

Sumber: X (Twitter)

Syamimia Tampil Minta Maaf

Sedar dengan kritikan berterusan, Syamimi dalam satu siaran ‘live’ di TikTok tampil membuat permohonan maaf kerana bimbang telah mengguriskan hati mana-mana pihak tanpa disedarinya.

Syamimia juga menjelaskan dia terpaksa memadam video yang telah dimuat naik penjelasannya kerana dipenuhi dengan banyak komen negatif.

Saya minta maaf. Saya tahu ramai yang terguris hati terutamanya rakyat Malaysia. Selebihnya saya serahkan pada Allah SWT. Kalau saya salah, biar Allah tempatkan saya di tempat yang selayaknya.

Syamimia.

Jelasnya lagi, dia dan suami mempunyai pendirian masing-masing dan tidak cukup tangan untuk mengikut ‘acuan’ setiap netizen di media sosial.


Siapa Sebenarnya TikToker Syamimia Ini?

Kepada mereka yang tertanya-tanya tentang gerangan bernama Syamimia ini, wanita ini merupakan seorang influencer tempatan yang mempunyai jumlah pengikut sehingga 1.1 juta di laman TikTok.

Wanita ini mula dikenali ramai selepas ramai yang terpesona melihat hiasan dalaman rumahnya yang cukup estetik meskipun hanya tinggal di flat flat Program Perumahan Rakyat (PPR).

Artikel Berkaitan: Influencer Tinggal Di PPR Tapi Hiasan Dalaman ‘Aesthetic’, Ramai Netizen Pertikai

Malah, kelihatan beberapa jenama mewah seperti peti sejuk SMEG dan mesin ‘mixer’ dari Kitchen Aid juga digunakan sebagai alatan di dapurnya.

Namun baru-baru ini, Syamimia mendedahkan peti sejuk yang disangka SMEG itu sebenarnya adalah jenama tempatan yang diubah suai sahaja.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd