Now Reading
Pengasas Huda Beauty Beri Respon Padu Lepas Rakyat Israel Mahu Boikot Kerana Sokong Palestin

Pengasas Huda Beauty Beri Respon Padu Lepas Rakyat Israel Mahu Boikot Kerana Sokong Palestin

Jawapan ‘savage’ dari Huda itu membuatkan ramai pihak mula membeli barangan Huda Beauty sebagai tanda sokongan terhadapnya.

huda beauty palestine (

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama.

Pelbagai usaha dan sokongan yang diberikan oleh ramai pihak untuk membantu perjuangan rakyat Palestin, termasuklah usahawan Datin Vivy Yusof yang mengeluarkan semula koleksi ‘dUCk Palestine’ mereka untuk mengumpul dana sumbangan.

Artikel Berkaitan: Digelar ‘Opportunist’ Selepas Keluarkan Semula Koleksi ‘dUCk Palestine’, Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan

Selain itu, individu berpengaruh di luar negara juga tidak gentar menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin seperti Bella Hadid, Gigi Hadid, Dylan O’Brien, Dua Lipa dan ramai lagi.


Pengasas Produk Huda Beauty Juga Beri Sokongan Kepada Palestin

Menerusi beberapa hantaran dimuat naik di laman Instagram milik pengasas produk kecantikan Huda Beauty (@huda), Huda dilihat memberi sokongan kepada perjuangan Palestin apabila ruangan kapsyen tersebut turut disertakan dengan #Freepalestine.

Malah, Huda juga berkongsi video berkaitan Palestin di Instagram Stories dengan mengulang siar (repost) hantaran dari akaun yang lain.

Sumber: Instagram

Rakyat Israel Didakwa Mahu Boikot Produk Jenama Huda Beauty

Sokongan terhadap Palestin yang ditunjukkan oleh pengasas jenama Huda Beauty itu membuatkan sebahagian rakyat Israel kurang senang dengan tindakannya.

Malah, ada yang dikatakan mahu memboikot produk kecantikan jenama berkenaan meskipun sudah membeli dalam kuantiti yang banyak sebelum ini.

Bukan itu sahaja, pengguna Instagram tersebut juga mengatakan saham Huda Beauty akan menurun selepas tindakannya yang menyokong Palestin.

Namun, respon yang diberikan oleh Huda pula lebih padu apabila dia meninggalkan komen ‘I don’t want blood money’.

Jawapan ‘savage’ dari Huda itu membuatkan ramai pihak yang menyokong usahawan tersebut dengan membeli barangan dari jenama berkenaan.


Pengasas Jenama Huda Beauty

Jenama kecantikan Huda Beauty ini diasaskan oleh seorang wanita Huda Kattan yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan kedua-dua ibu bapanya merupakan warga Iraq.

Selain memiliki perniagaan Huda Beauty, minyak wangi jenama Kayali dan produk penjagaan wajah Wishful juga adalah keluarannya.

Bermula dalam industri sebagai jurumekap di bawah jenama Revlon, Huda kemudian telah mengembangkan kerjayanya dalam bidang kecantikan ini dengan mengasaskan blog yang diberi nama ‘Huda Beauty’.

Malah, Huda juga tersenarai antara 10 influencer berpengaruh di dunia dalam bidang kecantikan oleh majalah Forbes.

Usahawan ini juga berada pada kedudukan wanita ke-37 yang terkaya di Amerika Syarikat dengan mempunyai aset bernilai $550 juta (RM2,603,150,000).

Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin

Artikel Berkaitan: Konflik Palestin & Israel: Wisma Putra Bakal Salur RM1 Juta, Seru Rakyat Malaysia Bantu Beri Sumbangan

Artikel Berkaitan: Warga Malaysia Kongsi Keadaan Di Palestin, Siap Tunjuk Kawasan Yang Baru Lepas Dibom [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd