Now Reading
Lelaki Dakwa AJK Masjid Di Batang Kali Arah Jemaah Terbalikkan Baju Yang Ada Logo PH Ketika Solat

Lelaki Dakwa AJK Masjid Di Batang Kali Arah Jemaah Terbalikkan Baju Yang Ada Logo PH Ketika Solat

Lelaki dikenali sebagai Najib Bakar turut mendakwa jemaah yang memakai baju dengan logo PN bagaimanapun tidak diarah berbuat demikian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, masjid merupakan tempat menunaikan ibadah buat umat Islam. Bukan sahaja bagi menunaikan solat berjemaah, malah sesi dakwah serta tazkirah juga dilaksanakan di tempat yang sama.

Walaupun antara fungsi masjid adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia, namun ada juga perkara yang menghalangnya.

Hal ini boleh terjadi disebabkan sikap segelintir manusia yang mencampuradukkan urusan dunia dengan agama.


AJK Masjid Didakwa Minta Jemaah Terbalikkan Baju Yang Ada Unsur Politik

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @najib_bakar_), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Najib berkongsi satu situasi yang berlaku di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor.

Dakwa lelaki itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan telah bertindak mengarahkan segelintir jemaah yang memakai baju yang tertera logo Pakatan Harapan (PH) untuk menterbalikkannya.

Bukan itu sahaja, t-shirt yang tertera dengan perkataan ‘Malaysia Madani’ juga tidak terkecuali walaupun ia dikatakan tidak melibatkan mana-mana parti kerajaan.


Jemaah Ikut Arahan AJK Gara-gara Tidak Mahu Bergaduh

Apa yang lebih menimbulkan kemarahannya dan orang lain adalah tindakan serupa tidak diambil kepada jemaah yang memakai pakaian menunjukkan logo atau simbol parti lain seperti Perikatan Nasional (PN) dan juga Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

https://twitter.com/najib_bakar_/status/1788543936157642838

Situasi tidak menyenangkan itu telah menimbulkan kekecohan sewaktu para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib.

Tambah Najib, terdapat individu yang mengikut arahan AJK tersebut kerana tidak mahu pertelingkahan berlaku di dalam rumah Allah SWT itu.

Namun sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidaklah kami ketahui.


Netizen Berang Dengan Tindakan AJK Masjid

Menjengah ke ruangan balas, dakwaan lelaki berkenaan membuatkan rata-rata netizen berang dengan tindakan AJK kerana melibatkan urusan dunia dan juga agama.

“Dekat luar, kau nak gaduh pun lantak lah. Tetapi sekurang-kurangnya dalam rumah Allah dan waktu menghadap Allah, kita semua sama sahaja. Masjid sepatutnya menjadi tempat penyatuan, tetapi disebabkan AJK, masjid pun dipolitikkan,” kata seorang lelaki.

Malah, ada juga yang berkata AJK masjid sepatutnya memainkan tanggungjawab mereka untuk mengendalikan tempat ibadah itu dengan baik.

“Sesetengah individu di masjid perlu ingat bahawa mereka harus menjaga tempat tersebut dengan amanah. Ia adalah rumah Allah. Semua individu dialu-alukan. Masjid adalah tempat di mana seseorang itu mencari ketenangan,” jelas seorang warganet.

Ada juga yang berpendapat bahawa kelakuan para AJK membuatkan orang ramai untuk tidak mahu pergi ke masjid.

“Nak hadap Allah pun masih berpolitik lagi. Ni yang buat orang elak pergi masjid,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga pengguna X berharap agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan.

“Ini yang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kena tengok. Audit dan periksa setiap masjid di Malaysia ini. Kalau ada orang buat macam ini, halau terus dari masjid dan surau. Jika nak sembahyang, sembahyang lah. Jangan main politik,” tegas seorang lelaki.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Isu Jadi ‘Penunggang Agama’ Dalam Politik, Ini Ulasan Dr. Zulkifli [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Politik Mana Ada Dalam Islam” – Makcik Akui Tak Pernah Mengundi Undang Perhatian Ramai [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd