Now Reading
Golongan Orang Asli Masih Belum Dapat Tebus eMADANI Gara-gara Tak Celik IT

Golongan Orang Asli Masih Belum Dapat Tebus eMADANI Gara-gara Tak Celik IT

Masyarakat orang asli di Gua Musang Kelantan masih belum berpeluang untuk menebus bantuan eMADANI oleh kerajaan kerana tidak mahir menggunakan teknologi canggih seperti telefon pintar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebelum ini mengumumkan penebusan eMADANI sudah bermula sejak 4 Disember lalu sehingga 20 Februari 2024.

Bantuan e-tunai sejumlah RM100 itu bakal memanfaatkan sebanyak 10 juta golongan dewasa dari kumpulan B40 dan M40 di seluruh negara.

Baca Artikel Berkaitan: Pendaftaran e-Tunai RM100 Buat Golongan B40 & M40 Dibuka Bermula 4 Disember

Sejak awal bulan yang lalu, orang ramai telah menzahirkan rasa syukur mereka di media sosial kerana berpeluang mendapatkan bantuan wang ‘cashless’ oleh pihak kerajaan.


Ramai Orang Asli Tak Dapat Tebus eMADANI Kerana Kurang Celik Teknologi

Dalam pada ramai penduduk di luar sana yang sudah membelanjakan e-tunai itu, sekumpulan besar masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan masih belum berkesempatan untuk menebus kredit berkenaan.

Menurut penghulu Kampung Brooke Lama, Rian Bujang, 48, bantuan tersebut masih belum dapat diterima walaupun sudah dua minggu pendaftaran penebusan eMADANI dibuka akibat kurang pengetahuan dalam bidang teknologi.

Selain tidak mendapat maklumat lengkap tentang sumbangan berkenaan, masyarakat setempat juga tidak mahir menggunakan telefon pintar dalam kehidupan seharian.

“eMADANI merupakan satu kebaikan kerana kerajaan memberi bantuan secara e-tunai kepada rakyat bagi membeli barangan keperluan termasuk makanan. Namun, masih ramai Orang Asli ketinggalan dalam arus pembangunan dan mereka tidak pandai menggunakan te­lefon pintar khususnya warga emas,” jelasnya.

Rian Bujang dalam masa sama berharap agar satu inisiatif atau program pe­nebusan dan pembelian menggunakan eMADANI secara serentak boleh dianjurkan demi membantu masyarakat di sana.

Sumber: Kosmo

Ramai Orang Asli Tidak Ada e-Dompet Yang Disenaraikan Oleh Kerajaan

Malah, penerimaan bantuan tersebut menjadi lebih sukar apabila masyarakat orang asli tidak mempunyai akaun penyedia perkhidmatan e-dompet yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Kita ingin minta tolong kerana Orang Asli kurang tahu, bahkan tidak mempunyai telefon. Saya sendiri juga buta huruf. Jadi, sa­ngat bagus sekiranya ada bantuan pendaftaran dan penebusan daripada pihak berkenaan.

“Saya harap kerajaan permudahkan, dengan beri bantuan tunai atau kreditkan wang ke akaun bank,” kata seorang warga emas dikenali sebagai Kamariah Long.

Cakna dengan aduan diterima, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Galas Mohd. Syahbuddin Hashim bercadang untuk bekerjasama dengan agensi Kerajaan Persekutuan bagi memudahkan penebusan eMADANI oleh masyarakat orang asli secara berkelompok atau serentak.

Untuk info, kredit e-tunai itu hanya boleh dibelanjakan menerusi pembelian secara fizikal melalui empat e-dompet iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Sumber: Amanz

Syarat Kelayakan Pendaftaran e-Tunai eMADANI

Buat anda yang masih belum menebus bantuan daripada kerajaan itu, usah risau. Pendaftaran e-tunai tersebut masih dibuka sehingga tahun depan.

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan menerima e-tunai eMADANI yang dikeluarkan oleh MOF:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau;
  • Mempunyai pendapatan RM100,000 ke bawah berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setakat 15 Julai 2023.
  • Belum pernah menebus bantuan eBelia Rahmah sebelum ini.

Jangan Guna Khidmat Cash Out & Kredit Peer-To-Peer Bagi Elak Scam

MOF telah memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak menggunakan sebarang perkhidmatan tawaran penebusan tunai (cash out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit bernilai RM100.

Hal ini bertujuan bagi mengelakkan penerima e-tunai daripada menjadi mangsa scam oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi platform media sosial.

Menurut MOF, inisiatif eMADANI yang dijalankan adalah untuk mendorong dan menggalakkan ekonomi digital negara selain memupuk budaya pembayaran tanpa tunai (cashless).

Kementerian itu turut berkata bahawa pihak berkuasa tidak akan bertanggungjawab sekiranya penerima eMADANI kehilangan kredit mereka akibat melakukan kesalahan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: eMADANI: Gagal Tebus Sumbangan RM100 Gara-gara Tak Isytihar Cukai

Baca Artikel Berkaitan: Elak Jadi Mangsa Scam, Jangan Tebus Tunai & Buat Pindahan Peer-To-Peer eMADANI – MOF


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd