Now Reading
eMADANI: Gagal Tebus Sumbangan RM100 Gara-gara Tak Isytihar Cukai

eMADANI: Gagal Tebus Sumbangan RM100 Gara-gara Tak Isytihar Cukai

Sejak semalam (4 Disember), rata-rata warganet telah membuat aduan menerusi media sosial apabila gagal menebus RM100 eMADANI akibat tidak mempunyai rekod cukai pendapatan di LHDN.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum bahawa pendaftaran program eMADANI telah bermula semalam (4 Disember) sehingga 20 Februari 2024 nanti.

Susulan itu, warganet yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 telah meluahkan rasa syukur di media sosial selepas berjaya menerima e-tunai RM100.

Baca Artikel Berkaitan: Pendaftaran e-Tunai RM100 Buat Golongan B40 & M40 Dibuka Bermula 4 Disember

Walaupun ramai dilihat telah berjaya mendapat e-tunai tersebut, namun ada juga pendaftaran di kalangan B40 & M40 yang masih ditolak.

Cakna tentang situasi yang dihadapi orang ramai, seorang pengguna TikTok (@eizuwan) menjelaskan bahawa mereka yang telah ditolak pendafatarannya berkemungkinan atas faktor tidak memenuhi syarat kelayakan.

Kalau anda nak tahu, syarat kelayakan bagi menerima sumbangan eMADANI adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau;
  • Mempunyai pendapatan RM100,000 ke bawah berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setakat 15 Julai 2023.

Malah, buat mereka yang pernah menebus eBelia Rahmah sebelum ini juga tidak layak untuk program tersebut.


Langkah-langkah Daftar Cukai Pendapatan Menerusi Laman Web LHDN

Jelas Eizuwan, perkara utama yang berkemungkinan menyebabkan seseorang itu gagal mendapatkan e-tunai tersebut adalah kerana mereka tidak mengisytiharkan cukai pendapatan 2022 menerusi portal rasmi MyTax, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Oleh disebabkan itu, lelaki ini telah berkongsi langkah-langkah untuk melakukan perkara tersebut iaitu:

#1. Layari Laman Web MyTax

Selepas melayari laman web MyTax [DI SINI], anda perlu memilih jenis pengenalan diri yang terdiri daripada:

  • Nombor kad pengenalan.
  • Nombor passport.
  • Nombor tentera.
  • Nombor polis.

Kemudian anda juga perlu sertakan nombor pengenalan diri masing-masing dan klik “hantar.”

Buat mereka yang mendaftar untuk kali pertama, pembayar cukai perlu melengkapkan borang CP55D secara dalam talian dan sertakan alamat e-mel.

Pautan pengaktifan Log Masuk kali pertama akan terus dihantar kepada e-mel pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDN.

Sumber: MyTax
#2. Klik e-Filing

Selepas berjaya masuk, anda perlu menekan e-Filing di dashboard tertera kemudian pergi ke e-Borang (e-Form).

Selepas klik bahagian tersebut anda harus memilih tahun taksiran untuk pengguna dan melengkapkan borang itu dengan maklumat yang tepat.

Untuk info, kategori e-Borang terbahagi kepada beberapa kategori pencukaian iaitu:

  • e-BE (individu pemastautin tiada punca pendapatan perniagaan).
  • e-B (individu pemastautin ada punca pendapatan perniagaan).
  • e-BT (individu pemastautin yang terdiri daripada pekerja berpengetahuan atau pekerja berkepakaran yang telah diluluskan oleh Menteri).
  • e-M (borang pengembalian cukai bagi individu bukan pemastautin).
  • e-MT (individu bukan pemastautin yang terdiri daripada pekerja berpengetahuan yang tertakluk pada kelulusan oleh Menteri.
Sumber: RinggitPlus
#3. Pilih Kategori e-BE (Individu Makan Gaji)

Buat mereka yang menerima pendapatan daripada majikan, anda harus memilih kategori e-BE untuk isi e-Filing cukai pendapatan individu tahun 2022.

Sejurus itu, tab lain akan dibuka memaparkan Borang Nyata Individu yang perlu diisi oleh setiap pengguna.

Ingat, jangan terlepas daripada mengisi kesemua bahagian pada borang berkenaan iaitu profil individu, profil lain, pendapatan dan pelepasan cukai.

Selepas semuanya selesai diisi, anda perlu klik tandatangan dan hantar. Jangan lupa untuk memuat turun salinan e-Borang buat simpanan peribadi.

Sumber: Portal Semakan

Jenis Maklumat Yang Boleh Disemak Melalui Portal MyTax

Untuk makluman, portal MyTax yang dilancarkan pada akhir tahun 2020 itu mempunyai pelbagai fungsi yang boleh memudahkan rakyat Malaysia.

Antara peranan portal MyTax adalah:

  • Semak baki cukai terkini sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit.
  • Senarai PCB (Potongan Cukai Bulanan) yang majikan potong dari pendapatan individu.
  • Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini.
  • Perincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun terkini.
  • Senarai ansuran CP500 (Notis Bayaran Ansuran).
  • Rekod SPC (Surat Penyelesaian Cukai).

Baca Artikel Berkaitan: Ini Langkah Bayar Cukai Buat Influencer Atau Content Creator. Semak Dulu Bidang Ekonomi Digital Yang Mana!

Baca Artikel Berkaitan: Elak Jadi Mangsa Scam, Jangan Tebus Tunai & Buat Pindahan Peer-To-Peer eMADANI – MOF


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd