Now Reading
Pendaftaran e-Tunai RM100 Buat Golongan B40 & M40 Dibuka Bermula 4 Disember

Pendaftaran e-Tunai RM100 Buat Golongan B40 & M40 Dibuka Bermula 4 Disember

Penggunaan e-dompet hanya sah dibelanjakan secara fizikal sehingga 29 Februari 2024 sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (29 November), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam satu kenyataan media telah memaklumkan bahawa pendaftaran bagi program eMADANI akan dibuka pada Isnin minggu hadapan (4 Disember).

Tempoh pendaftaran akan bermula dari 8 pagi, 4 Disember hingga 20 Februari 2024.

Perlu diingatkan bahawa penggunaan e-dompet hanya sah dibelanjakan secara fizikal sehingga 29 Februari 2024 sahaja.

Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, peruntukan itu akan memanfaatkan sejumlah 10 juta golongan dewasa yang layak.

Pendaftaran tersebut melibatkan golongan B40 dan juga M40 yang bakal menerima e-tunai sejumlah RM100 iaitu pembayaran secara sekali (one-off).

Tambah beliau, mereka yang layak boleh membuat tuntutan bantuan menggunakan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan masing-masing yang ditetapkan iaitu:

  • MAE.
  • Setel.
  • ShopeePay.
  • Touch ‘n Go eWallet.
Sumber: Amanz

Keempat-empat e-dompet itu juga akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran sepanjang tempoh program itu berlangsung.


Syarat Kelayakan Pendaftaran e-Tunai eMADANI

Buat anda yang ingin mendaftar, di sini kami kongsikan syarat-syarat kelayakan untuk menuntut e-tunai tersebut.

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau;
  • Mempunyai pendapatan RM100,000 ke bawah berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setakat 15 Julai 2023.

Program e-Tunai Untuk Galakkan Pembayaran Tanpa Tunai

Kerajaan semasa peluncuran Ekonomi Madani pada Julai lalu, telah memaklumkan bahawa sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan untuk program tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: RM100 Kredit E-Tunai Akan Diberi Kepada Golongan Dewasa Bergaji Bawah RM100,000 Setahun

Untuk info, program berkenaan ialah kesinambungan kepada kejayaan inisiatif e-Belia Rahmah dalam menggalakkan pembayaran tanpa tunai di kalangan masayarakat setempat.

“Menjelang hujung tahun dan musim cuti persekolahan, kerajaan berharap sumbangan eMADANI dapat sedikit sebanyak meringankan beban kewangan rakyat di samping memupuk budaya pembayaran tunai,” jelas PMX.

Sumber: X (@MOFmalaysia)
Sumber: X (@MOFmalaysia)

Baca Artikel Berkaitan: Pembayaran ‘Cashless’ Di Semua Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd