Now Reading
RM100 Kredit E-Tunai Akan Diberi Kepada Golongan Dewasa Bergaji Bawah RM100,000 Setahun

RM100 Kredit E-Tunai Akan Diberi Kepada Golongan Dewasa Bergaji Bawah RM100,000 Setahun

Dijangkakan lebih 10 juta penerima dari kumpulan B40 dan M40 bakal menerima manfaat dari bantuan RM100 yang akan diberikan ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 bilion.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan inisiatif eBelia Rahmah untuk golongan muda berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang mendaftar di institusi pengajian tinggi (IPT), di mana mereka boleh mendapat kredit e-Tunai RM200.

Kini, kerajaan juga prihatin dengan nasib golongan dewasa yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan menghulurkan bantuan kewangan tidak lama lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa golongan yang berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun akan menerima kredit e-Tunai bernilai RM100.

Menerusi inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 bilion dan dijangka lebih 10 juta penerima daripada kumpulan B40 dan M40 yang layak akan mendapat manfaat tersebut.

Perdana Menteri membuat pengumuman ini di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada hari ini (27 Julai) semasa pelancaran rangka kerja Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Anwar mengetengahkan kejayaan program eBelia Rahmah yang bukan sahaja memberi manfaat kepada dua juta belia, malah ia juga menyumbang kepada penjanaan pendapatan perniagaan sambil mempromosikan masyarakat tanpa tunai.

Kejayaan ini telah mendorong kerajaan untuk memberikan kredit e-Tunai kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah juga.

Butiran lanjut tentang program kredit e-dompet akan didedahkan tidak lama lagi.

Kami menjangkakan ia akan sama seperti eBelia Rahmah di mana anda hanya boleh menuntut kredit daripada salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel atau Touch ‘n Go eWallet.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd