Now Reading
Cadangan Presiden PIBG Mahu Inisiatif Latih Cuci Tandas Sekolah Dimulakan Pelajar Bermasalah Dikritik Ramai

Cadangan Presiden PIBG Mahu Inisiatif Latih Cuci Tandas Sekolah Dimulakan Pelajar Bermasalah Dikritik Ramai

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan murid sekolah dilatih untuk mencuci tandas bagi memupuk sikap menjaga kebersihan kemudahan yang disediakan.

Cadangan PM Mahu Murid Sekolah Dilatih Cuci Tandas Undang Pelbagai Reaksi Termasuk PIBG

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap sekolah pastinya mempunyai pekerja pembersihan yang akan mencuci tandas bagi memastikan ia selesa digunakan oleh para guru serta murid.

Walaupun ada ‘cleaner’, tetapi itu tidak bermaksud penghuni sekolah boleh sambil lewa menggunakan tandas tanpa menjaga kebersihannya.

Baru-baru ini, isu kebersihan tandas sekolah juga menjadi perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar Ibrahim Mahu Murid Sekolah Dilatih Mencuci Tandas Sebagai Aspek Menjaga Kebersihan

Anwar yang merujuk kepada laporan dari Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata terdapat banyak sekolah yang mengadu tentang kerosakan tandas dan beliau memberi teguran terhadap perkara tersebut kerana ia tidak dijaga dengan baik.

Anwar mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk segera memeriksa dan membaik pulih setiap tandas bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat digunakan dengan selesa oleh murid-murid.

Bagaimana kita nak hantar anak ke sekolah kalau tandas rosak. Anak kita manusia, bukan dewa yang tak perlu ke tandas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber: Nota Tercicir

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan kepada para murid supaya tidak mengambil mudah tentang isu kebersihan tandas.

Oleh itu, beliau memberi saranan agar mereka turut dididik untuk mencuci tandas di sekolah bertujuan untuk mengajar tentang kebersihan serta menghormati ‘cleaner’.

Dahulu sewaktu saya menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986, saya arahkan semua sekolah buat giliran membersihkan tandas. Ada ibu bapa yang membantah cadangan saya ini. Saya kata arahan tersebut bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang kebersihan serta menghormati orang lain termasuk pencuci tandas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Anwar lagi, murid yang tidak mahu mencuci tandas tidak boleh menggunakan kemudahan tersebut dan lebih baik bersekolah di ‘sekolah kayangan’.

Kalau tidak mahu (cuci tandas), maka anak yang tidak mahu cuci tandas mereka itu tidak boleh menggunakan tandas. Mereka boleh guna (tandas) di sekolah kayangan. Ini untuk latihan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber: Envoplan

Cadangan Anwar Ibrahim Tentang Murid Cuci Tandas Sekolah Terima Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Saranan Perdana Menteri tentang mendidik para murid dengan mencuci tandas sekolah secara bergilir mengikut kelas mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuklah Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG).

Menurut laporan MalaysiaKini, Presiden PIBG Mohamad Ali Hassan menyambut baik cadangan tersebut namun berpendapat agar pihak sekolah memulakan inisiatif itu dengan pelajar bermasalah dari segi disiplin.

Mungkin sebagai permulaan, pelajar yang ada masalah disiplin boleh diarahkan untuk menjalani kerja-kerja sosial seperti membersihkan tandas sekolah.

Ahli Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG).

Walau bagaimanapun, cadangan latihan mencuci tandas dimulakan dengan murid bermasalah mendapat reaksi kurang senang oleh netizen di media sosial.

Kebanyakan mereka tidak bersetuju jika latihan untuk mencuci tandas itu dimulakan dengan murid bermasalah kerana ia akan menimbulkan salah faham seolah-olah ia satu bentuk hukuman dan bukannya untuk menekankan tentang penjagaan kebersihan.

Boleh dikatakan, cadangan Anwar Ibrahim untuk mendidik para murid menjaga kebersihan dengan cara bergilir mencuci tandas sekolah mendapat reaksi positif, tetapi tidak sepatutnya dimulakan dengan pelajar bermasalah.


Menteri Pendidikan Umum Bakal Laksanakan Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah KPM Dalam Waktu Terdekat

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak mereka akan memulakan inisiatif membudayakan amalan menjaga kebersihan tandas sekolah dalam kalangan murid sekolah menerusi pelaksanaan Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah KPM.

Menjelang tahun 2025, setiap sekolah perlu sekurang-kurangnya mencapai tahap tiga bintang dari segi kebersihan.

KPM akan membudayakan amalan menjaga kebersihan tandas dan kebertanggungjawaban murid secara berterusan melalui program sedia ada seperti kempen kesedaran kebersihan tandas dalam kalangan murid serta advokasi bagi memupuk kesedaran menggunakan tandas dengan cara yang betul.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd