Now Reading
Elak Jadi Mangsa Scam, Jangan Tebus Tunai & Buat Pindahan Peer-To-Peer eMADANI – MOF

Elak Jadi Mangsa Scam, Jangan Tebus Tunai & Buat Pindahan Peer-To-Peer eMADANI – MOF

Menurut MOF, kerajaan akan menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika mendapat sebarang laporan tentang pemindahan peer-to-peer atau cash out.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pendaftaran bagi program eMADANI telah bermula hari ini (4 Disember) sehingga 20 Februari 2024.

Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, peruntukan itu akan memanfaatkan sejumlah 10 juta golongan dewasa yang berkelayakan.

Untuk maklumat, pendaftaran tersebut melibatkan golongan B40 dan juga M40 yang bakal menerima e-tunai sejumlah RM100 iaitu pembayaran secara sekali (one-off).

Namun, mereka yang sudah menebus eBelia Rahmah tidak layak untuk program ini.

Baca Artikel Berkaitan: Pendaftaran e-Tunai RM100 Buat Golongan B40 & M40 Dibuka Bermula 4 Disember


Jangan Guna Khidmat Cash Out & Kredit Peer-To-Peer Bagi Elak Scam

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam satu kenyataan media telah memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak menggunakan sebarang perkhidmatan tawaran penebusan tunai (cash out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI bernilai RM100.

Hal ini bertujuan bagi mengelakkan penerima e-tunai eMADANI daripada menjadi mangsa scam oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi platform media sosial.

Menurut MOF, inisiatif eMADANI yang dijalankan adalah untuk mendorong dan menggalakkan ekonomi digital negara selain memupuk budaya pembayaran tanpa tunai (cashless).

Kredit e-tunai tersebut hanya boleh dibelanjakan untuk pembelian secara fizikal melalui empat penyedia perkhidmatan e-dompet seperti:

  • MAE.
  • Setel.
  • ShopeePay.
  • Touch ‘n Go eWallet.

Selain itu, anda juga boleh membuat pembelian melalui transaksi kod QR DuitNow di 1.8 juta peruncit perniagaan di seluruh negara.

Sumber: Amanz

Kerajaan Bakal Ambil Tindakan Tegas Untuk Sekat Akaun Terlibat

MOF dalam masa sama berkata pihak berkuasa tidak akan bertanggungjawab sekiranya penerima eMADANI kehilangan kredit mereka akibat melakukan kesalahan tersebut.

Dalam pada itu, pihak kerajaan berkata mereka akan mengambil langkah tegas iaitu dengan menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika mendapat sebarang laporan tentang pemindahan peer-to-peer atau cash out.

Sumber: X (@MOFMalaysia)

Ramai Hadapi Masalah Hilang Duit Ketika Cash Out Kredit ePemula

Sebagai rekod pada April 2022, kecoh di media sosial apabila beberapa penerima duit e-tunai ePemula buat golongan belia berumur 18 sehingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi bernilai RM150 telah hilang.

Kes kehilangan kredit tersebut dipercayai kerana penerima ePemula telah menggunakan perkhidmatan peer-to-peer atau cash out seperti yang diperjelaskan.

“Transfer ePemula guna QR lepastu sampai sekarang duit online hilang,” kata salah seorang mangsa.

Sumber: X

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd