Now Reading
Masih Keliru Dengan Kredit eMADANI? Ini Penjelasan Dari Kementerian Kewangan

Masih Keliru Dengan Kredit eMADANI? Ini Penjelasan Dari Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan menjelaskan seseorang yang tidak mengemukakan cukai tahun taksiran 2022 dalam tempoh yang ditetapkan tidak tidak layak untuk menerima kredit eMADANI RM100.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak pemberian eMADANI diberikan kepada golongan tertentu pada Isnin lalu (4 Disember), pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai.

Ada yang bersyukur kerana permohonan mereka di salah satu platform penyedia perkhidmatan eMADANI iaitu Touch ‘n Go eWallet, MAE, ShopeePay atau Setel telah diluluskan.

Namun, sebaliknya pula berlaku kepada segelintir individu apabila permohonan mereka dikatakan tidak diluluskan.


Kementerian Kewangan Leraikan Kekeliruan Orang Ramai Tentang eMADANI

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Kementerian Kewangan, pihak mereka turut menyedari kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat tentang permohonan kredit RM100 eMADANI meskipun ia sudah dibuka selama empat hari.

Susulan itu, Kementerian Kewangan tampil memberi penjelasan berkaitan isu tersebut berdasarkan beberapa situasi seperti berikut:

Senario Pertama:

“Saya berpendapatan di bawah RM100,000 namun permohonan masih ditolak. Mengapa?”

Sumber: Lowyat/ Soya Cincau
Penjelasan:

Program eMADANI disasarkan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah dan pembayar cukai dan menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dalam kalangan rakyat.

Untuk mengenalpasti kelayakan seseorang, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menggunakan penyata cukai tahun taksiran 2022.

Seseorang yang tidak mengemukakan cukai tahun taksiran 2022 dalam tempoh yang ditetapkan, mereka tidak tidak layak untuk menerima bantuan tersebut.

Sekiranya pengisytiharan telah dibuat dan masih tidak layak, berkemungkinan pendaftaran nama dalam platform e-dompet dan rekod LHDN adalah tidak sama.

Bagi kes terpencil, individu terbabit boleh membuat rayuan semula melalui e-dompet mengikut pilihan.

Senario Kedua:

“Dekat mana saya nak cari kelayakan penuh eMADANI?”

Sumber: Soya Cincau
Penjelasan:

Kelayakan untuk permohonan eMADANI adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dengan IC yang sah; dan
  • Berumur 21 dan ke atas pada tahun ini; dan
  • ⁠Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
  • Pembayar cukai dengan pendapatan berjumlah RM100,000.00 dan ke bawah setahun berdasarkan pendapatan tahun taksiran 2022 yang dilaporkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Bukan penerima program eBeliaRahmah.

Untuk kelayakan penuh, boleh klik [DI SINI].

Senario Ketiga:

“Saya dah semak kelayakan saya dan memang saya layak. Tapi permohonan saya masih ditolak. Apa yang perlu saya buat? Saya perlu mohon di e-dompet lain ke?”

Sumber: TRP
Penjelasan:

Pemohon tidak perlu untuk memohon di e-dompet yang lain tetapi boleh membuat rayuan melalui e-dompet pilihan.

Jika permohonan masih gagal, rayuan lanjutan boleh dikemukan dengan menghubungi Hotline MOF di talian 03-8882-4565 / 03-8882-4566 atau kemukakan nama penuh beserta nombor kad pengenalan kepada emadani@treasury.gov.my


Langkah-langkah Daftar Cukai Pendapatan Menerusi Laman Web LHDN

Untuk anda yang mahu membuat pengisytiharan cukai pendapatan 2022 menerusi portal rasmi MyTax Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jom kami kongsikan panduan kepada anda.

  1. Layari laman web MyTax.
    • Buat mereka yang mendaftar untuk kali pertama, pembayar cukai perlu melengkapkan borang CP55D secara dalam talian dan sertakan alamat e-mel.
  2. Klik e-Filing.
    • Selepas berjaya masuk, anda perlu menekan e-Filing di dashboard tertera kemudian pergi ke e-Borang (e-Form).
  3. Pilih Kategori e-BE (Individu Makan Gaji).
    • Selepas memilih kategori e-BE untuk isi e-Filing cukai pendapatan individu tahun 2022, tab lain akan dibuka memaparkan Borang Nyata Individu yang perlu diisi oleh setiap pengguna.

Selepas semuanya selesai diisi, anda perlu klik tandatangan dan hantar. Jangan lupa untuk memuat turun salinan e-Borang buat simpanan peribadi.

Untuk makluman, portal MyTax yang dilancarkan pada akhir tahun 2020 itu mempunyai pelbagai fungsi yang boleh memudahkan rakyat Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: eMADANI: Gagal Tebus Sumbangan RM100 Gara-gara Tak Isytihar Cukai

Baca Artikel Berkaitan: Elak Jadi Mangsa Scam, Jangan Tebus Tunai & Buat Pindahan Peer-To-Peer eMADANI – MOF

Baca Artikel Berkaitan: Premis F&B Mana Yang Boleh Guna Kredit eMADANI? Ini Senarai Untuk Anda!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd