Now Reading
Premis F&B Mana Yang Boleh Guna Kredit eMADANI? Ini Senarai Untuk Anda!

Premis F&B Mana Yang Boleh Guna Kredit eMADANI? Ini Senarai Untuk Anda!

Pembelian makanan dan minuman di premis terpilih boleh dilakukan menggunakan salah satu daripada empat penyedia perkhidmatan e-dompet eMADANI iaitu ShopeePay, Touch ‘n Go eWallet, MAE dan Setel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Topik berkaitan eMADANI antara perkara hangat yang menjadi perbualan masyarakat terutamanya golongan B40 dan M40 yang mahu menebus e-tunai dari kerajaan berjumlah RM100.

Pendaftaran bagi program eMADANI telah bermula hari ini (4 Disember) sehingga 20 Februari 2024 dan akan dibayar secara one-off menerusi e-dompet.

Inisiatif yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memanfaatkan 10 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun dan ke atas.

Bagi penerima e-Belia Rahmah, mereka tidak layak untuk menerima program ini.

Baca Artikel Berkaitan: Pendaftaran e-Tunai RM100 Buat Golongan B40 & M40 Dibuka Bermula 4 Disember


Premis Makanan Dan Minuman Yang Boleh E-Tunai Menggunakan eMADANI

Kepada anda yang suka membeli pelbagai jenis makanan dan minuman, inilah masanya untuk memanfaatkan e-MADANI untuk mengenyangkan perut masing-masing.

Antara premis makanan dan minuman yang boleh menggunakan kredit eMADANI adalah:

Untuk Penggunaan eMADANI Di Platform ShopeePay
  • Secret Recipe
  • Starbucks
  • Subway
  • Sushi King
  • Tealive
  • Texas Chicken
  • ZUS Coffee
  • Kenny Rogers Roasters
  • KFC
  • llaollao
  • Marrybrown
  • OLDTOWN White Coffee
  • Coolblog
  • Pizza Hut
  • CU Mart
  • emart24
  • Dominos Pizza
  • Dunkin Donuts
  • Empire Sushi
  • Family Mart
  • Gigi Coffee
  • Inside Scoop
  • 4Fingers Crispy Chicken
  • A&W
  • Banana Bro
  • Baskin Robbins
  • Boat Noodle
  • Burger King
  • Chagee
  • Coffee Bean
  • Costa Coffee
Untuk Penggunaan eMADANI Di Platform Touch ‘n Go eWallet
  • Chagee
  • Tealive
  • ZUS Coffee
  • Bask Bear Coffee
  • emart24
  • I Love Yoo!
  • Inside Scoop
  • Kenny Rogers Rosters
  • MBG Fruits
  • Secret Recipe
Sumber: Instagram @tealiveasia/@secretrecipemy
Untuk Penggunaan eMADANI Di Platform Setel

Selain boleh digunakan untuk mengisi minyak, penyedia perkhidmatan Setel turut membolehkan penggunanya membuat pembayaran di beberapa premis F&B seperti:

  • CU Mart
  • OLDTOWN White Coffee
  • Secret Recipe
  • Marrybrown
  • Chatime
  • Tealive
  • Inside Scoop
  • Chagee

dan banyak lagi!


Bagaimana Dengan Platform MAE Pula?

Sumber: Maybank

Kepada mereka yang menebus eMADANI di aplikasi MAE, anda boleh menggunakannya di kesemua premis yang menyediakan kod QR termasuklah kod QR DuitNow.

Menerusi laman web Maybank, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan menggunakan e-tunai eMADANI iaitu:

  • Pemindahan ‘peer-to-peer.
  • Penebusan tunai.
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet.
  • Bayaran melibatkan badan kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet.
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet.
  • Pembelian permainan (games) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet.
  • Bayaran tempat letak kereta dan tol.
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet.
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Difahamkan, semua syarat yang disenaraikan oleh Maybank ini turut digunapakai oleh semua penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat seperti ShopeePay, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Ini bermakna anda tidak dapat menggunakan kredit eMADANI untuk sebarang transaksi dalam talian dan e-dagang.


Hati-hati Dengan Jenayah Penipuan Melibatkan eMADANI

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam satu kenyataan media telah memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak menggunakan sebarang perkhidmatan tawaran penebusan tunai (cash out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI bernilai RM100.

Hal ini bertujuan bagi mengelakkan penerima e-tunai eMADANI daripada menjadi mangsa scam oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi platform media sosial.

Gambar sekadar hiasan.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), inisiatif eMADANI yang dijalankan adalah untuk mendorong dan menggalakkan ekonomi digital negara selain memupuk budaya pembayaran tanpa tunai (cashless) dalam kalangan premis perniagaan di Malaysia.

Oleh itu, kredit eMADANI hanya digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat atau QR DuitNow.

Baca Artikel Berkaitan: Elak Jadi Mangsa Scam, Jangan Tebus Tunai & Buat Pindahan Peer-To-Peer eMADANI – MOF

Baca Artikel Berkaitan: Akaun Boleh Disekat Sekiranya Pindah ‘Peer-To-Peer’ Atau Tebus Tunai RM100 eMadani – MOF

Baca Artikel Berkaitan: Tebus RM100 Kredit eMADANI Menerusi Shopee Untuk Terima RM600 Baucar Ekstra & Peluang Menang Samsung Galaxy Z Flip5!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd