Now Reading
Rombakan Kabinet: Ini Senarai Menteri & Jawatan Baharu Kerajaan MADANI

Rombakan Kabinet: Ini Senarai Menteri & Jawatan Baharu Kerajaan MADANI

Datuk Armizan Mohd Ali dilantik menggalas tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang baru menggantikan Allahyarham Salahuddin Ayub.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi (12 Disember) mengumumkan senarai rombakan Kabinet selepas setahun Kerajaan Madani memerintah negara.

Terdapat beberapa senarai jemaah menteri yang ditukar selain Jabatan Kementerian juga ada yang dipecahkan.


Berikut Senarai Jemaah Menteri Baharu Kerajaan MADANI:

  • Perdana Menteri & Menteri Kewangan – Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Menteri Kewangan II – Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
  • Timbalan Menteri Kewangan – Lim Hui Ying
  • Timbalan Perdana Menteri I & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Hajah Rubiah Binti Wang
  • Timbalan Perdana Menteri II & Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam – Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof
  • Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam – Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir
  • Menteri Pengangkutan – Anthony Loke Siew Fook
  • Timbalan Menteri Pengangkutan – Datuk Haji Hasbi Haji Habibollah
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
  • Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Datuk Arthur Joseph Kurup
  • Menteri Ekonomi – Mohd Rafizi Ramli
  • Timbalan Menteri Ekonomi – Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib
  • Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan – Nga Kor Ming
  • Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan – Datuk Aiman Athirah Sabu
  • Menteri Luar Negeri – Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan
  • Timbalan Menteri Luar Negeri – Datuk Mohamad Alamin
  • Menteri Kerja Raya – Datuk Sri Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Menteri Kerja Raya – Datuk Seri Ahmad Maslan
  • Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Saifuffin Nasution Ismail
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah
  • Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
  • Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri – Liew Chin Tong
  • Menteri Pertahanan – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
  • Timbalan Menteri Pertahanan – Adly Zahari
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Chang Lih Kang
  • Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Haji Mohammad Yusoff Apdal
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita – Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Undang-undang dan Reformasi Institusi) – Datuk Seri Azalina Othman Said
  • Timbalannya – M.Kulasegaran V.Murugeson
  • Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam – Nik Nazim Nik Ahmad
  • Timbalannya – Datuk Seri Huang Tiong Sii
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Datuk Ewon Benedick
  • Timbalannya – Datuk Ramanan Ramakrishnan
  • Menteri Pendidikan Tinggi – Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
  • Timbalannya – Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud
  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya – Datuk Seri Tiong King Sing
  • Timbalannya – Khairul Firdaus Akbar Khan
  • Menteri Komunikasi – Ahmad Fahmi Fadzil
  • Timbalannya – Teo Nie Ching
  • Menteri Pendidikan – Fadhlina Sidek
  • Timbalannya – Wong Kah Who
  • Menteri Perpaduan – Datuk Aaron Ago Anak Dagang
  • Timbalannya – Saraswathy Kandasami
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar
  • Timbalannya – Dr. Zulkifli Hassan
  • Menteri Belia dan Sukan – Hannah Yeoh Tseow Suan
  • Timbalannya – Adam Adli Abd Halim
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) – Dr. Zaliha Mustafa
  • Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Datuk Armizan Mohd Ali
  • Timbalannya – Hajah Fuziah Salleh
  • Menteri Perladangan dan Komuditi – Datuk Seri Johari Abdul Ghani
  • Timbalannya – Datuk Chan Foong Hin
  • Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad
  • Timbalannya – Datuk Lukanisman Awang Sauni
  • Menteri Digital – Gobind Singh Deo
  • Timbalannya – Datuk Ugak Anak Kumbong
  • Menteri Sumber Manusia – Steven Sim Chee Keong
  • Timbalannya – Datuk Seri Abdul Rahman Haji Mohamad

Dijangkakan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan akan berlangsung di Istana Negara pada jam 2.30 petang ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd