Now Reading
[Video] Ustaz Wadi Kongsi Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Hampir Pupus

[Video] Ustaz Wadi Kongsi Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Hampir Pupus

Ustaz Wadi berkata rata-rata masjid yang dikunjungi dalam negara tidak lagi mengamalkan satu sunnah Nabi Muhammad SAW selepas selesai menunaikan solat fardu.

https://www.tiktok.com/@ustazwadiannuarofficial/video/7334967789985352961

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui umat beragama Islam amat dituntut untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Amalan dan sunnah yang dibawa oleh pemimpin tersebut kepada umat Islam mampu memberi impak positif kepada manusia selain mendapatkan ganjaran pahala. Namun begitu, ada juga sunnah Nabi Muhammad SAW yang semakin dilupakan pada hari ini.


Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Semakin Ditinggalkan

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@ustazwadiannuarofficial), menyaksikan pendakwah bebas Ustaz Wadi sedang memberikan tazkirah kepada orang ramai.

Jelasnya, terdapat satu amalan atau sunnah Nabi Muhammad SAW yang semakin dilupakan oleh umat beragama islam.

“Yang ini 90% hari ini umat Islam tidak buat,” ujarnya.

Amalan yang dimaksudkan oleh Ustaz Wadi ialah bertasbih, bertahmid dan bertakbir sebanyak 33 kali setiap satu itu sejurus sahaja selepas habis solat fardu.

Berikut kami sertakan bacaan bagi setiap yang dimaksudkan:

  • Bertasbih: Subhanallah (Maha Suci Allah)
  • Bertahmid: Alhamdulillah (segala puji bagi Allah)
  • Bertakbir: Allahu Akbar (Allah Maha Besar)
Sumber: Pexels

Banyak Masjid Di Malaysia Tak Amalkan Zikir Sunnah

Tambah pendakwah bebas itu lagi, rata-rata masjid yang dikunjungi serata Malaysia tidak lagi mengamalkan sunnah sedemikian.

Saya solat dari masjid Kedah ke Sarawak. Di masjid, imam-imam habis bagi salam, istighfar, ayat Kursi lepas itu baca doa. Pergi mana sunnah Nabi?

Ustaz Wadi.

Bagi mengukuhkan hujahnya, Ustaz Wadi meminta para pendengar untuk memerhatikan amalan dan sunnah Nabi Muhammad SAW yang masih dilakukan oleh umat beragama Islam pada ketika ini semasa berada di masjid.


Reaksi Netizen Terhadap Perkongsian Ustaz Wadi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman TikTok dilihat bersyukur kerana surau atau masjid di kediaman mereka masih mengamalkan sunnah tersebut.

“Dekat kampung tempat tinggal saya Kampung Sungai Imam Tawau Sabah, alhamdulillah amalan itu masih dilakukan dari dulu sampai ke hari ini,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@ustazwadiannuarofficial)

Dalam pada itu, ramai juga yang dilihat menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Wadi atas peringatan kepada umat Islam sekalian tentang kepentingan sunnah tersebut.

“Terima kasih Ustaz Wadi atas ilmu ini. Saya akan lakukan (sunnah) mulai hari ini,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@ustazwadiannuarofficial)

Ada juga yang memberi peringatan mesra kepada masyarakat tentang betapa ruginya mereka jika meninggalkan amalan berkenaan dalam kehidupan seharian.

“Alangkah ruginya kita tinggalkan (sunnah). Kita usahakan untuk menghidupkan Sunnah Nabi ini,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@ustazwadiannuarofficial)

Hukum Tak Zikir & Doa Selepas Solat Fardu

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini pernah menjelaskan bahawa berzikir dan berdoa selepas habis sahaja solat merupakan amalan yang digalakkan dalam masyarakat beragama Islam.

Berdoa adalah satu ibadah yang digalakkan bagi mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah. Allah SWT berfirman :

“وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ”

Maksudnya Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

[Surah Ghafir: 60]

Sumber: Unsplash

Amalan yang digalakkan itu juga dikukuhkan lagi dengan riwayat hadis daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ فَتِلْكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Maksudnya : ”Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan: الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.”

 [Riwayat Muslim (1380)]

Sumber: Pexels

Kesimpulannya, dapat anda fahami bahawa amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan. Semoga zikir-zikir yang dilafazkan selepas menunaikan solat fardu menjadi penghapus dosa. 

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupanya Ramai Tak Tahu Sapu Dahi & Muka Dengan Tangan Bukan Sunnah

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Hari-hari Sunnah Untuk Puasa Sepanjang Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Raja Perlis Seru Umat Islam Agar Membela Sunah Nabi Muhammad SAW


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd