[Video] Rupanya Ramai Tak Tahu Sapu Dahi & Muka Dengan Tangan Bukan Sunnah
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kitab-kitab ulama mazhab al-Syafie yang mengatakan sunat menyapu muka selepas solat adalah daif, lemah dan maudhu’ (palsu).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Di Malaysia, pasti anda kerap melihat atau melakukan amalan menyapu dahi dan muka sejurus selesai memberi salam selepas solat.
Amalan itu seperti sudah menjadi suatu kewajipan atau Sunnah Nabi Muhammad SAW yang harus diikuti.
Sapu dahi dan muka selepas solat bukan Sunnah
Pun begitu, seorang lelaki ini mengatakan perbuatan sedemikian bukanlah suatu Sunnah yang perlu dijadikan ikutan buat umat Islam.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok dakwah Islam @bukharitvofficial, Baginda tidak pernah mengajar umat Islam untuk menyapu dahi dan muka selepas solat.
@bukharitvofficial ❌️ After Prayer! To Support the Dawah and Spread the Sunnah, Click the Patreon link in the Bio. May Allah reward you ALL! AMEEN! #letthesunnahgoforth #muslimtiktok #dua #allah #islam
♬ original sound – Bukhari TV Official
Lakukan wirid dan doa selepas solar lebih afdal
Jelasnya, sejurus selepas selesai memberi salam sebaiknya melakukan wirid (berzikir) dan membaca doa.
Hantaran video terbabit turut dikongsikan di laman Twitter @akmaladi_my, di mana pelbagai pendapat diberikan oleh pengguna Twitter.
Selain itu, segelintir netizen turut mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh orang dahulu kerana ingin membersihkan muka dari kotoran seperti debu atau pasir yang melekat di wajah.
Mmg sapu muka tu bukan sunnah. Takda kewujudannya. Orang dulu2 masjid takda carpet yang….lantai pasir…jadi lepas solat diorang buang pasir dkt dahi…jadi mereka sapu muka.
— Abam_Chub (@AbamChub) April 24, 2023
“Amalan ini tidak bermasalah untuk dilakukan” – Mufti Wilayah Persekutuan
Untuk info, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kitab-kitab ulama mazhab al-Syafie yang mengatakan sunat menyapu muka selepas solat adalah daif, lemah dan maudhu’ (palsu).
“Kami cenderung kepada pendapat bahawa amalan ini tidak bermasalah untuk diamalkan seperti mana yang difatwakan oleh para ulama mazhab al-Syafie.
“Walaupun begitu, barangsiapa yang meninggalkan kerana berhati-hati, maka hukumnya tidak makruh dan tidak wajar dijadikan polemik,” kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.