Now Reading
“Mesti Arwah Mak Gembira” – Shila Amzah Selamat Timang Anak Perempuan, Ubai Luah Rasa Sebak

“Mesti Arwah Mak Gembira” – Shila Amzah Selamat Timang Anak Perempuan, Ubai Luah Rasa Sebak

Shila Amzah selamat melahirkan anak perempuan mereka bernama Rhea Akira pada 9 Mei 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menyambut kehadiran cahaya mata adalah satu perkara yang cukup bermakna buat pasangan suami isteri untuk mengembangkan lagi keluarga mereka.

Meskipun pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi sepanjang tempoh hamil, namun para ibu bapa akan menganggapnya sebagai satu pengalaman cukup bermakna.

Antara pasangan yang baru sahaja melahirkan anak adalah penyanyi terkenal tempatan, Shila Amzah.


Shila Amzah Selamat Lahir Anak Perempuan

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@ubaimz), suami kepada Shila Amzah iaitu Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau dikenali sebagai Ubai telah berkongsi berita gembira tentang isterinya yang sudah selamat melahirkan seorang puteri semalam (9 Mei).

Selepas melihat Shila bertarung nyawa ketika bersalin, Ubai meluahkan rasa sebak dengan pengorbanan isterinya itu.

Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

Ubai.

Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata mereka turut dianggap sebagai satu perkara yang luar biasa dan tidak dapat diungkapkan.

Lebih menyentuh hati adalah apabila anak mereka ini merupakan cucu pertama dalam keluarga arwah ibunya.

Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak happy.

Ubai.

Ubai turut menitip harapan agar mereka dapat berusaha sebaik mungkin untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak perempuan mereka yang diberi nama Rhea Akira.


Ramai Ucap Tahniah Kepada Shila Dan Ubai

Di ruangan komen hantaran berkenaan, ramai rakan selebriti dan juga peminat yang mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Antara penggiat seni yang teruja dengan berita gembira tersebut termasuklah Anuar Zain, Liza Hanim, Zara Zya dan Catriona Brian Ross.

Sumber: Instagram

Perkahwinan Shila Dan Ubai

Pada 4 Ogos lalu, Shila telah melangsungkan perkahwinan keduanya bersama influencer Ubai dengan mas kahwin sebanyak RM20,000.

Sebelum bergelar isteri kepada Ubai, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth.

Sumber: Instagram @shahilaamzah

Baca Artikel Berkaitan: Detik-Detik Indah Majlis Pernikahan Shila Amzah dan Haris

Baca Artikel Berkaitan: Shila Amzah Senyum Lebar Peluk Suami Waktu Naik Motor, Ramai Netizen Yang Single Cemburu

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Kerja Sejak 10 Tahun” – Ubai Dedah Derita Shila Amzah, Tampil Beri Sokongan Pada Isteri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd