Shila Amzah Senyum Lebar Peluk Suami Waktu Naik Motor, Ramai Netizen Yang Single Cemburu
Shila Amzah dlihat tersenyum lebar sambil memeluk suaminya, Ubai ketika bersiar-siar menaiki motosikal pada waktu petang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 5 Ogos lalu, penyanyi Shila Amzah telah sah bergelar isteri kepada TikToker terkenal, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai.
Sejak bergelar pasangan suami isteri, Shila dan Ubai dilihat banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan melakukan pelbagai aktiviti.
Difahamkan, Ubai telah membeli sebuah motosikal untuk memudahkan pergerakan melakukan aktiviti seharian.
Shila Amzah Peluk Ubai Ketika Bonceng Motosikal
Semalam (17 Ogos), Ubai menerusi Instagram telah memuat naik video membawa Shila bersiar-siar pada waktu petang menaiki motosikal.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila penyanyi wanita itu kelihatan gembira dan tersenyum lebar sambil memeluk suaminya ketika membonceng di belakang motosikal.
Malah, kapsyen video tersebut yang dimuat naik oleh Ubai di laman Instagram miliknya (@ubaimz) juga mencuri tumpuan. “Ride petang bersama ayang”, kata Ubai di ruangan kapsyen.
Video tersebut telah meraih 172,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Yang ‘Single’ Cemburu Lihat Shila Amzah Peluk Ubai Sambil Naik Motosikal
Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen terutamanya yang masih tidak mempunyai pasangan teman wanita atau teman lelaki meluahkan rasa cemburu melihat hubungan Shila dan Ubai.
Ramai ya geng ‘single’ yang katanya menyesal tengok video Shila dan Ubai itu kerana rasa terasing. Siap ada yang menasihati Ubai supaya tidak terlalu menunjukkan kebahagiannya dan menghormati geng ‘single’.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.