Now Reading
“Dia Kerja Sejak 10 Tahun” – Ubai Dedah Derita Shila Amzah, Tampil Beri Sokongan Pada Isteri

“Dia Kerja Sejak 10 Tahun” – Ubai Dedah Derita Shila Amzah, Tampil Beri Sokongan Pada Isteri

Shila Amzah menjelaskan punca dia menjual rumah kerana ia mempunyai banyak kenangan pahit serta mahu memberi kehidupan baharu kepada keluarganya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, konflikmelibatkan penyanyi tanah air iaitu Shila Amzah dan keluarganya menjadi topik perbualan masyarakat apabila adiknya, Syada Amzah memberi bayangan bakal dihalau dari rumah.

Isu berkenaan dipercayai berlaku apabila Syada memuat naik tulisan di Instagram Story mengatakan beberapa individu tidak dikenali muncul di hadapan rumah untuk melihat keadaan kediaman mereka.

Ujar Syada lagi, dia sekeluarga kini sedang mencari rumah sewa selepas isu yang berlaku.

Sumber: Instagram @syadaamzah

Suami Shila Amzah, Ubai Dedah Dugaan Yang Dialami Oleh Isterinya Sejak Kecil

Tidak lama kemudiannya, suami kepada Shila Amzah, Ubai menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @UbaiMz) mendedahkan keperitan yang dilalui oleh isterinya yang merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Shila difahamkan telah mula bekerja sejak berusia 10 tahun dan tidak pernah memegang duit, kad bank serta kad pengenalan diri sehingga berumur 28 tahun.

Malah, keputusan untuk berkahwin pada kali pertama juga dibuat mengikut pilihan keluarga.

Mental dan fizikal abuse dalam tempoh tiga tahun perkahwinan. Tanggung bekas suami. Bercerai dan trauma. Mulakan hidup baru selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Hutang berjaya dibayar. Sehingga kini masih tanggung keluarga.

Ubai.

Dedah Ubai lagi, Shila tiada tempat berkongsi masalah pada ketika dahulu dan dikerah untuk bekerja demi menanggung keluarga lebih-lebih lagi apabila dia adalah anak sulung.

Setiap bulan pasti ada saja yang perlu di bayar dan ditunaikan. Segala hasil titik pelu perlu dahulukan keluarga. Tiada asalan yang boleh diberikan sebab ‘itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka’.

Ubai.

Sebelum ini, Ubai menganggap kehidupannya sudah cukup mencabar apabila kehilangan adiknya sebelum bertunang dan ibunya juga dijempul ajal beberapa sebelum bernikah dengan Shila Amzah.

Namun selepas mengetahui kisah kehidupan isterinya, dia mengagumi kehebatan wanita itu mengharungi dugaan tersebut.

Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dan penuh dugaan. Ternyata ada yang lebih besar untuk orang lain. Inilah dia kisah seorang wanita hebat yang saya kenali.

Ubai.

Shila Amzah Mahu Jual Rumah Untuk Beri Kehidupan Baharu Kepada Keluarga

Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik semula di laman X (Twitter @LVGIF), Shila memberitahu bahawa rumah lot banglo yang menjadi isu dalam keluarganya itu dibeli atas namanya.

Benda orang tak nampak. Tapi senang je dia persalahkan kita. Nasib baik Ubai ada. Itu je Sha boleh cakap.

Shila Amzah.

Shila menjelaskan kediaman banglo dengan tujuh buah bilik dan berkeluasan 9,000 kaki persegi itu diduduki oleh lima orang ahli keluarga dan mendakwa rumah tersebut mempunyai banyak kenangan pahit.

Disebabkan itu, penyanyi berkenaan mahu menjual rumah tersebut dan mencari kediaman lain bagi membolehkan mereka membina kehidupan baharu selepas ibu bapanya bercerai.

Tambahnya lagi, tanggungjawab yang digalasnya seolah-olah dia adalah ketua keluarga kerana tiada pihak yang mahu menjaga keluarga.

Sha dah jadi ketua keluarga sebab dah tak ada orang lain yang nak ambil benda ni. Memang rumah tu better jual. Tapi masing-masing tunding jari pada saya seperti saya orang yang patut dipersalahkan.

Shila Amzah.

Sebelum ini, Shila mengeluarkan kenyataan meminta agar masalah berkenaan hanya disimpan dalam kalangan keluarga dan tidak perlu dihebahkan.

“Simpan dalam keluarga je. Tak perlu sampai jadi tajuk berita hanya untuk popular semata-mata”, kata Shila Amzah menerusi IG Story yang dimuat naik sebelum ini.

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Haiwan Jalanan” – Syada Amzah ‘Hint’ Bakal Dihalau Keluar Rumah?

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Senyum Lebar Peluk Suami Waktu Naik Motor, Ramai Netizen Yang Single Cemburu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd