Now Reading
[Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting

[Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting

Antara karakter yang sinonim dengan anak sulung adalah mudah menangis, lari atau menyorok selepas diberi teguran tentang sesuatu perkara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun dilahirkan dari genetik ibu dan bapa yang sama, tetapi boleh dikatakan setiap anak mempunyai perangai serta karakter yang berbeza-beza.

Orang kata anak kedua kebiasaanya seseorang yang degil manakala anak bongsu pula sering dimanjakan.

Kalau ditanya tentang karakter anak sulung, sesetengah daripada mereka menunjukkan sikap seperti mudah terasa, sensitif, garang dan sebagainya. Mengapa personaliti tersebut sering dilihat pada anak sulung?


Coach Parenting Dedah Kenapa Anak Sulung Cepat Sensitif

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@fhaissalim), lelaki ini yang merupakan seorang coach parenting telah mendedahkan sebab mengapa anak sulung rata-ratanya cepat sensitif.

Antara contoh sikap mereka yang menunjukkan karakter mudah sensitif adalah apabila kerap menangis, lari atau menyorok selepas diberi teguran tentang sesuatu perkara.

Lelaki ini yang dikenali sebagai Fhais Salim berkata antara faktor yang menyebabkan anak sulung bersikap sedemikian adalah kerana perubahan perhatian ketika dilahirkan dan sewaktu sudah mempunyai adik.

Ketika menjadi satu-satunya anak dalam keluarga, sudah pastinya kasih sayang diberikan sepenuhnya kepada anak sulung. Namun perhatian tersebut mula terbahagi selepas kelahiran anak seterusnya.

Anak ini tidak boleh move on apabila dia jadi satu-satunya orang yang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Bayangkan dulu kita tatang dia bagai minyak yang penuh. Apabila sampainya waktu ada adik baru, semuanya berubah. Yang dulunya tatang, sekarang dah marah-marah. Yang dulunya tak boleh berpisah, sekarang tak bagi dekat. Takut kacau adik tidur dan sebagainya.

Fhais Salim

Pembentukan karakter anak sulung itu juga bukan sahaja kerana pengabaian dari segi fizikal, tetapi ia dikatakan turut melibatkan emosi.

“Biasanya anak sulung ini selalu disuruh untuk faham adik-adik, tetapi tak ada orang pun yang disuruh untuk faham emosi anak sulung,” kata Fhais.

@fhaissalim

Ini antara punca kenapa ramai anak sulung tak boleh move on sampai ke tua.. #parenting #KhusyukParenting #parentingtips #parentingmalaysia #anaksulung @Fhais Salim • Parenting

♬ original sound – Fhais Salim • Parenting – Fhais Salim • Parenting

Ramai Anak Sulung Bersuara Di Ruangan Komen

Menjengah ke ruangan komen, ramai anak sulung yang tampil berkongsi pengalaman mereka sepanjang membesar.

Sesetengah netizen bersetuju bahawa kurangnya perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa menjadi punca mereka bersikap keras kepala, sensitif, kerap menangis dan memendam perasaan.

“Sebagai anak sulung, saya setuju. Sensitif dan pandai sorok. Tapi benda ni memang akan kekal ke? Penatlah kena pura-pura jadi okey,” luah netizen.

Ada juga yang berpendapat anak sulung itu akan diberatkan dengan tanggungjawab lebih besar pada diri mereka apabila bergelar anak sulung.

“Anak sulung selalu jadi harapan keluarga,” kata netizen.

Namun, segelintir netizen pula memberitahu bahawa mereka tidak berasa mudah sensitif dan sebagainya meskipun bergelar anak sulung.

“Aku anak sulung tapi tak ada sifat ni. Stay strong anak sulung,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Sebagai ibu bapa, penting untuk kita bersikap adil dengan anak-anak kerana mereka adalah amanah yang dikirimkan oleh Allah SWT.

Tidak kiralah sulung, bongsu dan sebagainya, usahakan untuk memberi yang terbaik dan bersikap adil kepada mereka.

Ini kerana segala perbuatan yang dilakukan ketika mereka kecil akan mempengaruhi proses pertumbuhan sepanjang membesar menjadi dewasa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Penting Jaga Emosi Anak” – Sikap Ibu Bapa Tak Marah Si Kecil Ketika Tumpahkan Air Dipuji Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam

Baca Artikel Berkaitan: “Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd