[Video] “Penting Jaga Emosi Anak” – Sikap Ibu Bapa Tak Marah Si Kecil Ketika Tumpahkan Air Dipuji Netizen
Seorang kanak-kanak lelaki dilihat telah menumpahkan jus minuman ke atas meja makan tanpa sengaja sebelum dibersihkan oleh ibu bapanya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mendidik anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah buat mereka bergelar ibu bapa di luar sana.
Hal ini kerana anak kecil ini mempunyai ragam dan kerenah mereka tersendiri yang kadangkala sukar untuk dikawal.
Namun begitu, sikap sebuah pasangan suami isteri yang menunjukkan teladan baik dalam cara mendidik anak telah pun mendapat perhatian dan pujian ramai di media sosial.
Ibu Bapa Tak Marah Ketika Anak Tumpahkan Minuman
Menerusi satu ciapan tular di laman X (Twitter @aliffshanusi), seorang kanak-kanak lelaki dilihat telah menumpahkan secawan jus minuman ke atas meja makan tanpa sengaja.
Sebaik sahaja minuman manis itu tumpah, budak lelaki berkenaan terus melihat wajah si ayah untuk melihat reaksinya terhadap situasi tersebut.
Jika dilihat daripada video itu, budak tersebut telah menundukkan kepala buat seketika seolah-olah berasa bersalah dengan kelakuannya.
Namun, ibu bapanya langsung tidak memarahi atau melenting kepada si kecil atas apa yang berlaku.
Budak itu kemudian dilihat mengukirkan senyuman sejurus melihat reaksi si ibu dan bapa yang bertenang serta tidak menyalahkannya.
Menerusi ciapan di X, pengguna yang berkongsi video berkenaan berkata muat naik itu menunjukkan teladan yang baik.
“Beberapa kali tonton sebab rasa gembira melihat respon ibu ayah,” katanya.
Tambahnya lagi, mendapatkan pendidikan baik juga merupakan hak sebagai seorang anak yang perlu dipenuhi.
“Barulah mereka memenuhi permintaan ibu bapa dan membalas apa yang sepatutnya,” ujar Aliff.
Netizen Beri Reaksi Positif Terhadap Tingkah Laku Ibu Bapa Terhadap Anak
Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata orang ramai bersetuju bahawa ia adalah cara didikan yang terbaik buat si kecil.
Bahkan, ada juga seorang isteri yang meluahkan rasa bersyukur kerana mempunyai pasangan yang bersabar dan tenang apabila mendidik anak.
“Nasib baik dapat suami yang loving. Syukur dapat suami yang penyabar, tak perlu risau dia melenting,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa platform media sosial seharusnya digunakan untuk tujuan berkongsi tentang ilmu dan perkara sedemikian.
“Things you need to appreciate the social media for. Alhamdulillah untuk konten seperti ini. Banyak ibu bapa masa kini mengelak untuk mengulangi trauma dialami ketika zaman kanak-kanak terhadap anak mereka,” jelas seorang lelaki.
Selain itu, seorang wanita berkata bahawa kelakuan ibu bapa tersebut adalah baik namun perlu ditegur agar kesalahan mereka tidak berulang pada masa hadapan.
“Tapi dengan syarat kena tegur dan betulkan kesilapan, takut nanti bila dah besar dia tiada common sense,” ujar seorang pendidik.
Buat para ibu bapa yang sedang struggle untuk mendidik anak, jangan putus asa okay? Insya-Allah berkat kesabaran anda akan membuahkan hasil.
Baca Artikel Berkaitan: “Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama
Baca Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Didik Anak Sedekah Dari Kecil Raih Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram