Now Reading
Puteri Sarah Liyana Didik Anak Sedekah Dari Kecil Raih Pujian Ramai

Puteri Sarah Liyana Didik Anak Sedekah Dari Kecil Raih Pujian Ramai

Puteri Sarah Liyana mendidik kedua-dua orang anaknya bersedekah dengan memberikan gula kapas kepada pengunjung lain ketika di Legoland, Johor Bahru.

Puteri Sarah Liyana Didik Anak Bersedekah Raih Pujian Ramai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Amalan bersedekah adalah sesuatu yang amat digalakkan dalam agama Islam. Bila makin banyak kita bersedekah, percayalah rezeki kita akan muncul dalam pelbagai bentuk tidak diduga.

Tiba-tiba ada ‘stranger’ bayarkan duit minyak, orang belanja makan, atau bertuah menang baucar wang tunai. Senang kata, sedekah ini sebenarnya lebih meluaskan rezeki kita.

BACA JUGA: Kanak-kanak Ini Belanja 35 Anak Yatim McDonald’s Guna Duit Hasil Jual Mainan. Baiknya!

Puteri Sarah Liyana Ajar Anak Kongsi Rezeki Dengan Cara Sedekah

Baru-baru ini, seorang pelakon tanah air iaitu Puteri Sarah Liyana juga mendidik dua orang anaknya yang masih kecil untuk membudayakan amalan bersedekah yang dituntut dalam Islam.

Menerusi perkongsian video dimuat naik di akaun TikTok (Puteri Sarah Liyana), pelakon wanita ini bersama anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah dilihat bersiar-siar di sekitar Legoland di Johor Bahru, Johor.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Puteri Sarah mendidik anaknya bersedekah dengan memberi gula kapas yang dijual di taman tema tersebut secara percuma kepada kanak-kanak lain di kawasan sekitar.

Teaching my kids to give to someone for no reason at all, Sadaqah.

Puteri Sarah Liyana.

Video tersebut telah meraih 655,200 jumlah tontonan setakat artikel in ditulis.

https://www.tiktok.com/@puterisarahliyana/video/7158862112402459931?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Ramai Puji Cara Puteri Sarah Didik Anak-anak

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, kebanyakan pengguna media sosial memuji didikan Puteri Sarah yang mengajar anak-anaknya melakukan kebaikan sejak usia muda.

Pada masa sama, ramai yang memuji kecantikan dan kecomelan wajah Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Setiap anak itu diibaratkan seperti kain putih, justeru ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka dengan didikan masing-masing.

Dengan tunjuk ajar yang baik, pastinya mereka akan membesar menjadi seorang yang mempunyai tingkah laku positif dan disenangi ramai.

Sesuai dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa maksud mengajar seseorang itu seeloknya dilakukan dari usia muda.

BACA JUGA: Tak Mahu Rakan Berhenti Sekolah, Adik Ini Sanggup Kumpul Duit Nak Bayarkan Yuran Kawan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd