Now Reading
“Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama

“Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama

“Berimannya kita mesti dirasai oleh anak-anak.”

didik anak solat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Solat adalah tiang agama.

Dari segi bahasa ia bermaksud berdoa dengan sesuatu kebaikan. Manakala dari segi syarak pula bermaksud perkataan/perbuatan yang dimulakan dengan takbir berserta niat, seterusnya diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu.

Umum sedia maklum bahawa solat merupakan ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat dalam mendirikan solat fardhu sebanyak lima kali sehari, dia seolah-olah telah menegakkan agamanya.

solat

Walau bagaimanapun, apabila seseorang itu meninggalkan solat, ia seumpama dia tidak mahu berusaha untuk membina agamanya dengan sempurna.

BACA JUGA: Cara Ganti Atau Qada’ Solat Yang Ditinggalkan Bertahun Lamanya. Pastikan Istiqamah!


Cara Didik Anak Bab Solat & Agama

Golongan yang bergelar ibu ayah di luar sana harus memasangkan niat untuk mendidik anak-anak perihal agama, aqidah, solat, ibadah, akhlak, dan kesemuanya.

Malah, ketika fasa mereka berumur 0-6 tahun itu adalah fasa paling penting dan ‘crucial’ untuk menerapkan segala ilmu agama di dalam diri mereka.

Sebab itulah ketika umur mereka mencecah 7 tahun, ibu ayah disuruh untuk memukul anak-anak jikalau mereka tidak solat. Tapi memukul pun ada caranya ya. Bukan boleh pukul mengikut amarah diri sendiri.

Seorang pengguna Facebook iaitu Dayana Zakariah menerusi satu hantaran telah berkongsi tips untuk ibu ayah di luar sana lakukan sebagai langkah permulaan mendidik anak-anak tentang agama.

Tulisnya, “Berimannya kita mesti dirasai oleh anak-anak.”

Berikut merupakan tips berguna yang dikongsikan oleh Dayan dan boleh digunapakai oleh ibu ayah di luar sana sebagai permulaan:

  • Since born, letak anak-anak dekat dengan kita masa tengah solat. No gadget, no TV. Let them observe. Dorang dok memanjat badan masa kita sujud? Let it be. Kalau tak, takkan la ada hadith cucu Rasulullah SAW panjat Rasulullah SAW.
  • Biasakan anak-anak dengan masjid. And of course never expect dorang duduk senyap macam patung cendana. Kids being kids. Berlari, ketawa, bermain. Let it be. Budak-budak tak boleh ke masjid? Kalau tak, takkan la ada hadith Rasulullah tengah khutbah, Hasan Husain yang masih bertatih datang, Rasulullah turun dari mimbar sekejap pergi ke cucu-cucunya.
  • Banyakkan bercerita tentang Allah SWT, Malaikat, Para Rasul, perkara-perkara Sam’iyat; Syurga, neraka, Alam Barzakh, kiamat, dosa, pahala, syaitan, dan sebagainya. Kita bukan je nak anak-anak sekadar diri, rukuk, sujud. Tapi nak mereka jugak kenal kepada siapa mereka abdikan diri. Kita bukan je nak anak-anak sekadar bertudung. Tapi nak mereka jugak faham tentang maruah dan malu. Fahamkan mereka tentang the essence behind all the commandments. InsyaAllah, things will get easier.
  • It takes a village to raise a kid. Yes, indeed. Semua orang kena mainkan peranan. Ibu medan utamanya di rumah. Bila ibu haid, ayahnya pula in charge banyakkan bawak ke masjid. Ahli keluarga lain dengan peranan yang sentiasa rajin mengajak. Ahli masyarakat dengan peranannya menyambut baik kedatangan makhluk kecil ini ke masjid. Be part in raising a child, no matter who they are.
  • Akhir sekali, BERDOA. Dalam buku ditulis, antara doa terawal yang ibu ayah kena baca setelah anak lahir ialah doa Nabi Ibrahim AS.
    • رَبِّ ٱجۡعَلۡنِی مُقِیمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّیَّتِیۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَاۤءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” [Surah Ibrahim: ayat 40].


Semoga Allah SAW permudahkan urusan ibu ayah di luar sana untuk mengajar serta mendidik anak masing-masing menjadi anak yang soleh dan solehah. Ameen YRA.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd