Now Reading
Mira Filzah Selamat Bersalin Anak Sulung

Mira Filzah Selamat Bersalin Anak Sulung

Mira Filzah dikhabarkan bersalin anak sulungnya pada 10 Mei 2022 pada jam 3.10 pagi.

mira filzah bersalin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pelakon terkenal iaitu Mira Filzah baru-baru ini dikhabarkan telah selamat melahirkan anak sulungnya hari ini pada 10 Mei 2022 (9 Syawal) jam 3.10 pagi. Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya iaitu Wan Emir Astar menerusi laman Instagram miliknya pagi tadi.

Yang lebih mengujakan lagi, tarikh kelahiran cahaya mata mereka ini sama dengan Mira Filzah atau Nur Amirah Filzah binti Badioezaman jika mengikut kalendar Islam, iaitu pada 9 Syawal.

Pasangan ini juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan perjalanan keluarga mereka dengan baik.

Ramai ucap tahniah

Khabar gembira itu telah mengujakan ramai pihak termasuklah para peminat Mira Filzah serta rakan-rakan artis yang lain.

Tahniah kepada Mira Filzah dan suami. Kami doakan semoga perjalanan hidup keluarga pasangan ini berjalan lancar dan semuanya dipermudahkan. Wah, tak sabar nak tengok muka Mira Junior!

BACA JUGA: Mira Filzah Hamil Anak Sulung


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd