Influencer Tinggal Di PPR Tapi Hiasan Dalaman ‘Aesthetic’, Ramai Netizen Pertikai
Ramai netizen yang mempersoalkan Syamimia tentang taraf hidupnya yang dikatakan tidak sesuai tinggal di flat kos rendah mampu membeli perabot mahal.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila sebut flat Program Perumahan Rakyat (PPR), kebanyakan masyarakat akan mempunyai tanggapan bahawa perumahan itu diduduki atau disewa oleh golongan yang kurang berkemampuan.
Ini kerana bayaran sewa di PPR adalah serendah RM124 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan.
Antara syarat yang membolehkan seseorang menyewa atau memiliki rumah PPR adalah mempunyai pendapatan kasar isi rumah bernillai RM3,000 sebulan.
Wanita Tinggal Di PPR Dikecam Netizen Kerana Mampu Beli Barangan Mahal Di Rumah
Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik beberapa video di laman TikTok miliknya (@syamimia) menunjukkan ruangan rumahnya yang kelihatan sungguh cantik dan estetik.
Kebanyakan barangan elektrik yang digunakan juga adalah dari jenama mewah seperti peti sejuk jenama SMEG dan mesin ‘mixer’ dari Kitchen Aid.
Namun, kecantikan hiasan dalam kediamannya itu mendapat kecaman ramai kerana dia difahamkan tinggal di flat PPR.
Oleh disebabkan itu, ramai netizen mempersoalkan pengguna TikTok dikenali sebagai Syamimia tentang taraf hidupnya yang dikatakan tidak sesuai tinggal di flat kos rendah apabila melihat perabot mahal yang mampu dibeli.
Kalau anda lihat dekorasi rumahnya, memang tidak terfikir ia adalah di dalam sebuah rumah flat PPR.
Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang memuji cara Syamimia menghias rumah tersebut sehingga kelihatan kemas dan teratur meskipun keluasannya agak terhad.
Siap ada yang menjadikan rumah tersebut inspirasi dan pemangkin semangat untuk mendekorasi kediaman masing-masing.
Syamimia Beri Penjelasan Tentang Perkara Sebenar Yang Berlaku
Selepas menyedari dirinya mendapat kecaman dari netizen, Syamimia tampil menjelaskan statusnya yang tinggal di flat PPR.
Syamimia mendedahkan dia tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan kesemua perabot serta barangan di rumahnya dibeli dengan wang sendiri.
Saya tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Ini perabot saya sendiri. Saya membeli barangan elektrik saya sendiri. Saya membeli rumah saya mengikut tangga gaji, kelayakan, dan rezeki saya. Komitmen saya sangat tinggi walaupun ia rumah flat biasa kerana saya tinggal di Kuala Lumpur.
Syamimia.
Menerusi perkongsian dimuat naik di IG Story, Syamimia memberitahu bahawa dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya dan mula hidup sebagai anak yatim sejak berusia 20 tahun dan tinggal di Kuala Lumpur seorang diri.
Difahamkan, dia juga terpaksa ditemu duga oleh tuan hakim bagi bagi membuktikan dia boleh menyelesaikan baki pinjaman rumah yang tertunggak.
Alhamdulillah saya dapat selesaikan baki pinjaman rumah berbaki 90% pada usia muda. Ini adalah salah satu impian cara saya untuk buat arwah Ummi happy sebab di pun suka rumah cantik.
Syamimia.
Kini, Syamimia memasang visi untuk memberi kebahagiaan kepada adik, suami, adik ipar dan anak-anak serta memperkenalkan semula dirinya sebagai Syamimia yang suka mendeko, berhias dan memasak.
Sumber: Instagram Syamimia | TikTok Syamimia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.