Now Reading
Pelawak Malaysia & Keluarga Mangsa MH370 Beri Respon Tentang Jenaka Melampau Jocelyn Chia

Pelawak Malaysia & Keluarga Mangsa MH370 Beri Respon Tentang Jenaka Melampau Jocelyn Chia

Tindakan Jocelyn Chia yang mempermainkan tragedi MH370 ketika membuat persembahan ‘stand up comedy’ turut mendapat kritikan dari pelawak Malaysia kerana tidak menjaga sensitiviti.

Pelawak Malaysia & Keluarga Mangsa MH370 Beri Respon Tentang Jenaka Melampau Jocelyn Chia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Baru-baru ini, isu MH370 yang dijadikan sebagai bahan jenaka oleh seorang pelawak dari Singapura iaitu Jocelyn Chia menjadi bualan hangat masyarakat di media sosial.

Persembahan ‘stand-up comedy’ yang dilakukan oleh wanita tersebut dilihat dengan selamba mengutuk negara Malaysia dan mengaitkannya tentang tragedi MH370.

Chia turut memperkecilkan Malaysia dengan membandingkan negara Singapura yang kini sudah menjadi sebuah republik maju bertaraf dunia.

Lebih mengeruhkan situasi lagi apabila dia membuat jenaka kononnya Malaysia tidak melawat Singapura selepas berpuluh tahun berpisah kerana kapal terbang dari Malaysia tidak boleh terbang dengan merujuk kepada MH370.

Bukan itu sahaja, Chia juga mengutuk Malaysia dengan menganggap negara ini tidak mempunyai jaringan Internet untuk mengetahui apa yang sedang dikongsikannya.

BACA JUGA: Pelawak Singapura Kutuk Malaysia, Guna Tragedi MH370 Sebagai Bahan Jenaka Dalam ‘Stand Up Comedy’


Tindakan Jocelyn Chia Guna Tragedi MH370 Sebagai Bahan Lawak Raih Perhatian Pelawak Dari Malaysia

Video tersebut yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata netizen mengecam perbuatan pelawak dari Singapura itu yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti apabila melibatkan sesuatu tragedi.

Perkara ini juga mendapat perhatian dari beberapa pelawak ‘stand up comedy’ dari Malaysia seperti Harith Iskander dan Afdlin Shauki.

Komen Dari Harith Iskander

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter milik Harith Iskander, dia yang kini sedang berada di luar negara juga terkejut apabila ramai pihak bertanya kepadanya tentang klip video tular melibatkan Jocelyn Chia.

Oleh itu, Harith juga memberikan komen terhadap klip video itu dari sudut seorang pelawak ‘stand up comedy’.

Menurutnya, isu yang dipermainkan oleh pelawak Singapura itu telah menaikkan kemarahan rakyat Malaysia berikutan sikap wanita berkenaan yang tidak menjaga sensitiviti insiden MH370.

Sebagai seorang pelawak, dia menghormati kebebasan berekspresi yang diberikan untuk melakukan tugas mereka. Namun, ia juga penting untuk mengamalkan sikap menjaga sensitiviti dan empati terhadap sesuatu perkara.

Seorang pelawak perlu menjaga sensitiviti dan empati tentang sesuatu perkara terutamanya topik yang agak peribadi dan tragik. Komedi boleh menjadi alat yang kuat untuk kita memberikan komen berkaitan komuniti sosial tetapi ia perlu digunakan secara bertanggungjawab.

Pelawak Malaysia, Harith Iskander.
Sumber: Twitter @harithiskander

Harith juga sempat menyelitkan kata-kata yang pernah diungkapkan dalam filem Spider Man iaitu “With great power comes great responsibility”.

Tambahnya lagi, seorang pelawak perlu menyedari tentang kesan kata-kata mereka kepada masyarakat.

Sesuatu perkara yang dianggap kelakar bagi kita, mungkin tidak lawak kepada orang lain. Saya tahu Jocelyn membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Amerika Syarikat. Tapi sebagai seorang warganegara Singapura, dia sepatutnya bertindak lebih bijak untuk menyedari bahawa dia akan dikecam di media sosial apabila mempermainkan tragedi MH370.

Pelawak Malaysia, Harith Iskander.

Komen Dari Afdlin Shauki

Memetik laporan Berita Harian, Afdlin Shauki juga memberikan pendapatnya tentang jenaka yang dilakukan oleh Jocelyn Chia.

Menurutnya, Chia tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian dan perkara tersebut perlu dielakkan oleh semua pelawak.

Bagi saya, kalau kita mahu melawak, ada hadnya, janganlah sampai mempersendakan peristiwa MH370. Kalau sampai peristiwa itu pun nak buat lawak, anda tidak sensitif kepada mangsa meninggal dunia dan keluarga berdepan kehilangan.

Pelawak Malaysia, Afdlin Shauki.

Afdlin juga mengakui bahawa sesetengah pelawak Malaysia ada menghentam pelawak Singapura tetapi ia adalah perkara biasa dalam industri tersebut.

Saya tahu ada pelawak Malaysia juga menghentam pelawak Singapura. Hentam menghentam adalah perkara biasa dalam ‘stand-up comedy’, cuma bila sebut MH370, tak kira apa jenakanya, bagi saya ia terlalu sensitif.

Pelawak Malaysia, Afdlin Shauki.
Sumber: Instagram @afdlinshaukiofficial

Malah, segelintir pelawak juga hanya mahu ‘memancing’ penonton untuk ketawa tanpa memikirkan tentang tahap sensitiviti topik yang dibangkitkan oleh mereka.

Buat lawak kena pakai otak, sesetengah pelawak nak senang memancing orang ketawa, gunakan topik sedemikian. Banyak lagi bahan boleh digunakan. Perkara sensitif jangan sebut, setakat komen sosial tak mengapa, tetapi bila sampai menghina orang mati sudah terlalu jauh.

Pelawak Malaysia, Afdlin Shauki.

Keluarga Mangsa MH370 Juga Beri Komen Tentang Klip Video ‘Stand Up Comedy’ Oleh Jocelyn Chia

Isu yang tular ini telah sampai ke pengetahuan salah seorang keluarga mangsa MH370 iaitu isteri kepada kru kapal terbang Mohd Hazrin Mohamed.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita tersebut di laman TikTok miliknya (@intanmaizuraothaman), dia mengecam perbuatan Chia yang mempermainkan isu kehilangan pesawat MH370.

Intan juga mendedahkan anak lelakinya sehingga kini masih menangis atas kehilangan bapanya.

Awak tahu berapa ramai ibu di luar sana yang masih menangis sehingga ke hari ini? Awak tak tahu kerana awak tak ada rasa empati.

Isteri kepada kru kapal terbang MH370, Intan Maizura Othaman.

Tambahnya lagi, lebih baik tinggal di negara yang membangun dengan hati yang baik berbanding tinggal di negara maju tetapi tidak menjaga hati serta perasaan individu lain.

Video yang dimuat naik oleh Intan kini sudah meraih 1.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@intanmaizuraothaman

#stitch with @ComedyCellarUSA Jocelyn Chia. Leave MH370 out of your humourless depressing gig. You such a disgraceful heinous individual! Not to forget your voice is sooo annoying! I don’t understand how the audiences can stay listening to your bad pitched voice.. #sistanyajer

♬ original sound – Intan Maizura Othaman ✈️ – Intan Maizura Othaman ✈️

Singapura Mohon Maaf Atas Tindakan Biadap Jocelyn Chia

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dalam satu kenyataan di laman Facebook Singapore High Commission in KL and Consulate-General in JB telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas perkara yang berlaku melibatkan Jocelyn Chia.

Dalam pada itu, beliau juga mendedahkan bahawa tindakan Chia sama sekali tidak mencerminkan nilai yang diamalkan oleh Singapura kerana pelawak itu sebenarnya bukan lagi warganegara republik berkenaan.

BACA JUGA: “Dia Bukan Singaporean” – Isu Jocelyn Chia Jadikan MH370 Sebagai Bahan Lawak, Singapura Mohon Maaf


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd