Now Reading
Pelawak Singapura Kutuk Malaysia, Guna Tragedi MH370 Sebagai Bahan Jenaka Dalam ‘Stand Up Comedy’

Pelawak Singapura Kutuk Malaysia, Guna Tragedi MH370 Sebagai Bahan Jenaka Dalam ‘Stand Up Comedy’

Ramai netizen bengang dengan tindakan pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia itu yang menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka dalam persembahan ‘stand-up comedian’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Meskipun sudah sembilan tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 tanpa sebarang khabar berita, insiden itu masih menjadi tanda tanya ramai pihak.

Sudah pasti ‘luka’ di dalam hati keluarga penumpang MH370 juga masih belum dapat disembuhkan atas perkara yang berlaku.

Tragedi kehilangan pesawat MH370 pada tarikh 8 Mac 2014 akan menjadi sejarah pahit buat Malaysia sehingga kini.

BACA JUGA: Mengingati MH370: Hampir 9 Tahun Lenyap, Kepulangan Masih Dinanti-nanti

BACA JUGA: Trailer Dokumentari MH370 Di Netflix Terima Pelbagai Reaksi Seluruh Dunia


Pelawak Dari Singapura Permainkan Isu MH370 Dan Kutuk Malaysia Dengan Kata-kata Kesat

Namun isu MH370 ini diperlekehkan oleh seorang pelawak dari Singapura yang dikenali sebagai Jocelyn Chia ketika sedang membuat persembahan ‘stand-up comedian’ di khalayak ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh bekas Presiden Radio Komersial Malaysia (CRM) Kudsia Kahar di laman Twitter miliknya (@Kudsia_Kahar), pelawak itu dilihat dengan selamba mengutuk negara Malaysia dengan mengaitkannya tentang tragedi MH370.

Bagi Kudsia Kahar, dirinya yang merupakan penyokong industri ‘stand-up comedian’ ini berpendapat bahawa jenaka pelawak dari Singapura itu agak keterlaluan kerana menggunakan tragedi serta kematian sebagai bahan lawak.

Sumber: TikTok @jocelynchiacomedy

Dia turut dilihat selamba mengeluarkan kata-kata kesat kepada penontonnya selepas mengetahui mereka berasal dari Malaysia.

Malah, Chia turut memperlekehkan Malaysia yang masih berada di tahap negara membangun sambil membandingkan negara asalnya iatu Singapura yang sudah menjadi negara maju bertaraf dunia.

Lebih mengeruhkan situasi lagi apabila dia membuat jenaka kononnya Malaysia tidak melawat Singapura selepas berpuluh tahun berpisah kerana kapal terbang dari Malaysia tidak boleh terbang dengan merujuk kepada MH370.

Pesawat Malaysia Airlines hilang tu tak kelakar ke? Sesetengah lawak tak ‘mendarat’.

Pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia.
Sumber: TikTok @jocelynchiacomedy

Salah seorang penonton yang melihat persembahan ‘stand-up comedian’ itu memberi pendapat bahawa pelawak tersebut akan mendapat ‘review’ kurang baik dari rakyat Malaysia.

Tetapi Chia dengan selamba berkata bahawa rakyat Malaysia tidak akan mengetahui tentang perkara yang berlaku kerana menganggap negara mereka tidak mempunyai Internet.


Ramai Rakyat Malaysia Bengang Dengan Tindakan Pelawak Singapura Mengutuk Malaysia Dan Tragedi MH370

Tindakan Chia yang membuat ‘stand-up comedian’ dengan menggunakan nama Malaysia dan tragedi kehilangan pesawat Malaysia sebagai bahan lawaknya mengundang kecaman netizen di media sosial.

Majoriti netizen bersetuju dengan ciapan Kudsia Kahar bahawa jenaka yang dilakukan oleh pelawak dari Singapura itu agak melampau.

Malah, jenaka yang dibuat tidak dianggap kelakar kerana mempermainkan kematian seseorang dalam tragedi yang memilukan seluruh dunia.

Netizen juga membandingkan wanita tersebut dengan pelawak lain seperti Russel Peter, Kumar dan George Carlin yang tidak terlalu keterlaluan ketika berjenaka.

Sehingga setakat artikel ini ditulis, tiada permohonan maaf dikeluarkan oleh Chia. Malah, dia seolah-olah menyokong perbuatannya itu ketika membalas satu komen dari netizen.

Netizen tersebut memberikan pendapatnya bahawa sesuatu tragedi itu tidak boleh dianggap sebagai bahan lawak.

Chia tanpa rasa bersalah memberi respon bahawa tragedi dan masa adalah sebuah komedi kerana perkara itu sudah lama berlaku pada masa lalu.


Siapa Sebenarnya Jocelyn Chia?

Menurut laman web rasminya, Chia adalah seorang peguam sebelum dia menceburi bidang ‘stand-up comedian’. Dia juga kerap berada di kelab komedi New York City seperti Comedy Cellar dan Gotham Comedy Club. Chia turut diundi sebagai salah seorang pelawak terkemuka Singapura oleh Buro, Terbaik di Singapura, dan Simibest.


Apa Yang Berlaku Dalam Tragedi Kehilangan Pesawat MH370?

Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur Ke Beijing pada 8 Mac 2014 bertukar tragedi apabila kapal terbang itu ‘lenyap’ dari radar secara tiba-tiba.

Pesawat canggih Boeing 777 yang membawa 227 orang penumpang serta 12 anak kapal itu hilang begitu sahaja tanpa apa-apa berita. Malah, setelah percubaan mengesan pesawat tersebut dilakukan juga, masih belum berjaya ditemui.

MH370 yang diketuai oleh juruterbang senior Kapten Zaharie Ahmad Shah dan First Officer (FO) Fariq Abdul Hamid berlepas dari KLIA kira-kira 40 minit lewat tengah malam dan dijangka tiba di Beijing kira-kira 6 jam kemudian.

Sumber: Airline Ratings

Dalam masa kurang sejam selepas penerbangan, MH370 menghantar komunikasi suara terakhir kepada pengawal trafik udara Malaysia apabila pesawat berkenaan melalui ruang udara Vietnam.

Sejurus selepas pesawat itu melintasi wilayah Vietnam, MH370 lesap dan hilang daripada radar.

Beberapa jam telah berlalu sebelum pengawal trafik udara dimaklumkan mengenai kehilangan MH370 dan “kod merah” dikeluarkan mengisytiharkan tindak balas kecemasan segera bagi mengesan pesawat yang hilang itu.

Kemudian pada waktu subuh, satu pengumuman rasmi dibuat di laman Facebook rasmi MAB mengesahkan bahawa MH370 telah hilang. Perasaan panik dan kekeliruan menyusul apabila rakyat di seluruh dunia berkumpul dalam keadaan terkejut untuk menunggu berita tentang tragedi misteri itu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd