Now Reading
“Dia Bukan Singaporean” – Isu Jocelyn Chia Jadikan MH370 Sebagai Bahan Lawak, Singapura Mohon Maaf

“Dia Bukan Singaporean” – Isu Jocelyn Chia Jadikan MH370 Sebagai Bahan Lawak, Singapura Mohon Maaf

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas tindakan yang dilakukan oleh pelawak Jocelyn Chia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Jocelyn Chia, seorang pelawak dari Singapura, telah menerima kecaman orang ramai kerana menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka dalam satu sesi ‘stand-up comedy’.

Pada masa yang sama, Chia turut melemparkan kata-kata kesat kepada penontonnya yang berasal daripada Malaysia dan memperlekehkan Malaysia dalam banyak aspek.

Berikutan dengan itu, akaun media sosial Twitter dan Instagram Chia didapati telah digantung, lapor Kosmo.

Malah, sebelum akaun Instagram miliknya digantung, ruangan komen telah dipenuhi kritikan daripada orang ramai sehingga Chia menutupnya. Perkara yang sama turut berlaku pada akaun TikTok milik pelawak itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mengecam tindakan Chia yang memperlekehkan Malaysia dan mempersendakan tragedi kehilangan pesawat MH370.

BACA JUGA: Pelawak Singapura Kutuk Malaysia, Guna Tragedi MH370 Sebagai Bahan Jenaka Dalam ‘Stand Up Comedy’


Singapura Minta Maaf Atas Lawak Biadap Jocelyn Chia

Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan di Facebook Singapore High Commission in KL and Consulate-General in JB dan meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas keterlanjuran Chia.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, berkata komen yang dibuat oleh Chia amat mengejutkan.

Kerajaan Singapura tidak membenarkan sebarang ucapan atau tindakan yang mendatangkan mudarat atau mencederakan orang ramai.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara Singapura

Malah kenyataan tersebut menjelaskan bahawa Chia sebenarnya bukan lagi warganegara Singapura. Tindakan Chia sama sekali tidak mencerminkan nilai yang diamalkan oleh Singapura.

Vanu Gopala menegaskan bahawa Singapura bersama Malaysia selaku jiran terdekatnya mempunyai hubungan yang kuat dan dari pelbagai aspek, dengan ikatan yang mendalam dan merentas negara. Malaysia dan Singapura mempunyai sejarah yang unik dan hubungan rapat antara rakyat kedua-dua negara.

Komen yang dibuat oleh Chia tidak membantu dan menjejaskan kepercayaan dan persahabatan yang rapat antara kedua-dua negara dan rakyatnya.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd