Now Reading
“Saya Cuma Takut Pada Allah SWT” – Radzi Jidin Perjelas Kekecohan Di Parlimen Berhubung Isu DNAA

“Saya Cuma Takut Pada Allah SWT” – Radzi Jidin Perjelas Kekecohan Di Parlimen Berhubung Isu DNAA

Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin diminta untuk keluar dewan selepas melakukan kekecohan berikutan dakwaan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

radzi jidin jerit kepada anwar ibrahim di parlimen

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Suasana di Dewan Parlimen yang bersidang semalam (19 September) bertukar hangat selepas perkara yang dibangkitkan telah menyebabkan beberapa Ahli Parlimen berasa tidak puas hati.

Ia bermula apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun menyentuh isu melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel Berkaitan: Zahid Hamidi Dilepaskan Tanpa Dibebaskan, Penasihat Undang-undang UiTM Jelaskan Makna Sebenar DNAA


Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin Menjerit Kepada Anwar Ibrahim Kerana Didakwa Dituduh Perkara Tidak Benar

Namun ketika penjelasan diberikan oleh Anwar, beliau mendakwa Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin telah mengetawakannya.

Tidak lama selepas itu, Anwar dipercayai telah mengaitkan Radzi dengan isu DNAA kerana dikatakan pernah melakukan perkara yang sama semasa pentadbiran terdahulu melibatkan kes pertuduhan Siti Aisyah yang yang membunuh warga Korea Utara Kim Jong-Nam.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

You boleh gelak Putrajaya kerana you buat perkara itu masa pentadbiran, you buat perkara itu.

Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut rekod, pendakwa raya yang menguruskan kes itu telah menggugurkan pendakwaan dengan melepas tanpa dibebaskan kepada Siti Aisyah pada Mac 2019.

Selepas dikaitkan dengan isu DNAA, Radzi dilihat bengang dan berdiri sambil menjerit ‘tarik balik’ berulang kali kepada Anwar untuk menarik semula tuduhan berkenaan dan menganggap ia sebagai tuduhan jahat.

Dalam kekecohan yang berlaku, Radzi turut menafikan perkara yang berlaku dan memaklumkan dia tidak mempunyai kaitan dengan kes yang dinyatakan oleh Anwar.

Bukan itu sahaja, Radzi juga berkata Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang tiada maruah.

Keadaan di dalam Dewan Parlimen bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Sungai Petani dan Hulu Langat berulang kali menyuruh Radzi untuk duduk semula.

@utusantvofficial

Situasi itu berlaku sewaktu Perdana Menteri mahu memberi penjelasan berhubung isu melepas tanpa membebaskan (DNAA) melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #parlimen #dewanrakyat

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Kesemua Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dari Dewan Sebagai Tanda Protes

Susulan keengganan Radzi untuk duduk selepas telah menjerit kepada Anwar, beliau diminta untuk keluar dari dewan.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dan ahli-ahli yang lain juga bersepakat untuk melakukan perkara yang sama jika Anwar tidak menarik semula tuduhan yang tersebut.

https://www.tiktok.com/@utusantvofficial/video/7280488432831434002

Radzi Jidin Anggap Ia Adalah ‘Hari Hitam’ Buat Parlimen Malaysia

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook (Dr Radzi Jidin), beliau menganggap tindakannya di Parlimen pada ketika itu adalah untuk mempertahankan maruah serta integriti diri selepas menerima tuduhan.

Saya pantang dengan orang yang tidak bercakap benar. Saya juga akan sentiasa pertahankan maruah dan integriti diri. Saya bangun menuntut keadilan dan apabila YAB Tambun sesuka hati membuat tuduhan. Kerana menegakkan kebenaran, saya diminta keluar dewan! Saya tak takut dengan sesiapa kecuali Allah SWT.

Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin.

Beliau juga mengangggap perkara yang berlaku ini merupakan ‘Hari Hitam’ buat Parlimen Malaysia.

Artikel Berkaitan: Zahid Hamidi Dilepaskan, Bersih Minta Pendakwa Raya Semak Semula Bukti DNAA

Artikel Berkaitan: Selepas DAP, Amanah Pula Gesa Peguam Negara Perjelas Isu DNAA Kes Zahid Hamidi

Sumber: TikTok Utusan TV | Facebook Dr Radzi Jidin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd