Now Reading
Pernah Dikecam Anggap Charles & Keith Jenama Mewah, Gadis Zoe Kini Dipilih Sebagai Model Beg

Pernah Dikecam Anggap Charles & Keith Jenama Mewah, Gadis Zoe Kini Dipilih Sebagai Model Beg

Bukan sahaja dipilih sebagai model untuk pelancaran beg Alia sempena Hari Wanita Sedunia, Zoe Gabriel juga dilantik sebagai duta syarikat tersebut.

ZOE GABRIEL CHARLES & KEITH

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kisah tentang gadis yang tular di TikTok selepas menerima beg tangan jenama Charles & Keith dari ayahnya bukan sahaja menjadi perhatian netizen di media sosial, malah ia juga diketahui oleh pengasas jenama itu sendiri.

Gadis dikenali sebagai Zoe Gabriel dan juga bapanya telah dijemput oleh pengasas jenama Charles & Keith ke ibu pejabat mereka di Singapura dan berpeluang untuk menikmati makan tengah hari bersama-sama.

BACA JUGA: Gadis Tular Dapat Hadiah Beg Tangan Mewah Dijemput Jumpa Pengasas Charles & Keith

Bukan itu sahaja, Zoe juga menerima dua hadiah beg tangan jenama Charles & Keith iaitu beg Gabine berwarna putih dan beg Charlot berwarna hitam.

Pemberian dua beg tangan itu adalah sebagai tanda mereka menghargai cara Zoe menangani isu tersebut dengan tenang dan matang.

BACA JUGA: [Video] Gadis Tular Di TikTok Terima 2 Hadiah Beg Tangan Dari Charles & Keith

ZOE GABRIEL CHARLES & KEITH
Sumber: Instagram @zoeaaleah

Gadis Tular Di TikTok Kini Model Untuk Beg Jenama Charles & Keith

Sempena Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac ini, Zoe telah dilantik sebagai duta komuniti (Brand Community Ambassador) untuk jenama Charles & Keith.

Bukan itu sahaja, Zoe turut dipilih sebagai salah seorang model bagi menggayakan beg keluaran terbaharu jenama Charles & Keith yang diberi nama ‘Alia’.

Difahamkan, beg Alia itu adalah keluaran istimewa sebagai tanda sokongan kepada program ‘Storytelling for Gender Equality’ anjuran Entiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita (UN Women).

Selain dimuat naik di laman Instagram Zoe (@zoeaaleah), gambar Zoe menggayakan beg itu juga dipaparkan di media sosial rasmi Charles & Keith (@charleskeithofficial).

Dalam hantaran sama yang dimuat naik, Zoe juga menulis surat yang memberi sokongan kepada para wanita sempena sambutan Hari Wanita Sedunia tidak lama lagi.


Netizen Teruja Lihat Zoe Dipilih Sebagai Model Bagi Jenama Beg Charles & Keith

Kejayaan Zoe dipilih sebagai model untuk jenama Charles & Keith mendapat reaksi positif dari netizen apabila ramai dilihat memberi kata-kata semangat kepadanya di ruangan komen hantaran yang dimuat naik itu.

Berita gembira ini membuatkan ramai teruja lebih-lebih lagi mereka yang mengikuti perkembangan dari awal bermula ketika Zoe dikecam kerana menganggap jenama Charles & Keith sebagai jenama mewah.

Mereka turut memuji keyakinan diri Zoe yang tidak menghiraukan kecaman orang ramai terhadapnya ketika itu.

Pihak Charles & Keith juga diberi pujian kerana menjadikan Zoe sebagai duta syarikat mereka dan menganggap keputusan mereka dapat menyebarkan lebih banyak positiviti kepada orang ramai.

Rezeki tidak pernah salah alamat, betul tak? Kami pun tumpang gembira bila dapat tahu Zoe dipilih sebagai model dan juga duta untuk jenama Charles & Keith.

Semoga lebih banyak kejayaan mendatang untuk Zoe!

BACA JUGA: [Video] Teruja Dapat Beg Pertama Jenama Mewah Dari Ayah, Tapi Ada Pula Yang Beri Komen Negatif


Sambutan Hari Wanita Sedunia

Tarikh 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun oleh masyarakat seluruh dunia bagi meraikan golongan ini.

Hari Wanita Sedunia diraikan bagi menghargai dan mengiktiraf setiap kejayaan yang berjaya dikecapi oleh para wanita tanpa mengira latar belakang mereka termasuklah kaum, agama dan bangsa.

Sambutan ini juga memberi perhatian kepada hak sama rata kepada wanita dalam setiap bidang termasuklah dari segi pekerjaan, pendidikan, membuat keputusan dan sebagainya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd